PROGRAM TURUN PADANG PENGERUSI MAIS KE DAERAH GOMBAK

PROGRAM TURUN PADANG PENGERUSI MAIS KE DAERAH GOMBAK

495200591 1069132611798604 313770415969101665 n
GOMBAK, 7 Mei – Program turun padang Pengerusi Majlis Agama Islam Selangor (MAIS), YAD Senator Dato’ Setia Haji Salehuddin Saidin, diteruskan dengan mengadakan lawatan ke institusi Islam di sekitar Gombak hari ini bagi mendalami isu berbangkit.
 
Program turun padang selama sehari ini dimulakan dengan lawatan ke Pejabat Agama Islam Daerah (PAID) Gombak.
 
Selain PAID Gombak, antara institusi yang dilawati hari ini ialah pejabat bangunan Mahkamah Syariah, Masjid Pengurusan Nurul Iman, Maahad Tahfiz Al Mashrafe dan Maahad Tahfiz Al Ridhuan.
 
Antara pengisian dalam program kali ini ialah taklimat ringkas pentadbiran dan situasi semasa di setiap institusi yang terlibat dan penyelesaian terhadap isu-isu yang dikenalpasti.
 
Turut hadir ialah Dr Hajah Norraini Nordin, Pengarah Penbangunan Sosial MAIS; Encik Mohd Farid Baharon, Pengarah Pematuhan Risiko; barisan pengurusan tertinggi JAIS dan Maahad Tahfiz yang terlibat.
 

Add Your Heading Text Here

MAIS | Majlis Agama Islam Selangor