PROGRAM TURUN PADANG PENGERUSI MAIS – Lawat Agensi dan Anak Syarikat MAIS
PROGRAM TURUN PADANG PENGERUSI MAIS – Lawat Agensi dan Anak Syarikat MAIS
Shah Alam, 29 April – Program turun padang Pengerusi Majlis Agama Islam Selangor (MAIS), YAD Senator Dato’ Setia Haji Salehuddin Saidin, diteruskan dengan mengadakan lawatan ke pejabat agensi dan anak syarikat MAIS hari ini.
Program turun padang selama sehari ini dimulakan dengan lawatan ke Lembaga Zakat Selangor (LZS).
Selain LZS, antara agensi dan anak syarikat MAIS yang terlibat dalam lawatan hari ini ialah Yayasan Islam Darul Ehsan (YIDE), Bakti Suci Holdings Sdn Bhd (BSHSB) dan Teraju Ekonomi Asnaf Sdn Bhd (TERAS).
Antara pengisian dalam lawatan ialah perkongsian taklimat ringkas pentadbiran dan situasi semasa di setiap agensi dan anak syarikat MAIS yang terlibat.
Turut hadir ialah Datin Paduka Saudah Sulaiman, Anggota MAIS; Dr. Haji Ahmad Shahir Makhtar, Setiausaha MAIS; Puan Hajah Nurhani Salwa Jamaluddin, Timbalan Setiausaha (Dasar&Pengurusan) MAIS; barisan pengurusan tertinggi MAIS dan barisan pengurusan tertinggi agensi dan anak syarikat MAIS.
HULU SELANGOR, 8 Mei – Program turun padang Pengerusi Majlis...
GOMBAK, 7 Mei – Program turun padang Pengerusi Majlis Agama...
KUALA SELANGOR, 6 Mei-Melihat sendiri perkembangan hal ehwal Islam adalah...
RAWANG, 4 Mei – Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) meneruskan...
SHAH ALAM, 30 April – Majlis Agama Islam Selangor (MAIS)...