PENGERUSI MAIS TURUT HADIR MAJLIS PENYEMPURNAAN KURSUS PERDANA HAJI PERINGKAT NEGERI SELANGOR 1446 HIJRAH
PENGERUSI MAIS TURUT HADIR MAJLIS PENYEMPURNAAN KURSUS PERDANA HAJI PERINGKAT NEGERI SELANGOR 1446 HIJRAH
SHAH ALAM 20 April-YAD Senator Dato Setia Haji Salehuddin bin Saidin, Pengerusi Majlis Agama Islam Selangor turut hadir di Majlis Penyempurnaan Kursus Perdana Haji peringkat Negeri Selangor anjuran Lembaga Tabung Haji dan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam pada 20 April.
Â
Perasmian Majlis Penyempurnaan Kursus Perdana Haji peringkat Negeri Selangor ini telah disempurnakan oleh DYMM Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj.
Â
Dalam titah ucapan Baginda di hadapan lebih 8,000 bakal jemaah haji dari Selangor tahun ini, Baginda mengingatkan umat Islam tidak menganiaya sesama Islam dengan mengambil kesempatan mengadakan pakej-pakej haji palsu untuk mengaut keuntungan secara menipu dan memperdayakan umat Islam.
Â
Baginda turut mengingatkan terus mengekalkan disiplin diri semasa berada di Tanah Suci nanti dan menjaga nama baik Negeri Selangor dan Malaysia. Tumpukan perhatian kepada ibadah di Tanah Suci dan elakkan daripada terlibat dalam sebarang bantahan atau demonstrasi.
Â
Dalam pada itu, Baginda juga berpesan kepada semua jemaah haji Malaysia terutamanya dari Selangor perlu menjaga kesihatan diri kerana ibadah Haji memerlukan banyak pergerakan fizikal yang sihat.
Â
Sementara itu, YB Senator Dato’ Setia Dr. Haji Mohd Naim bin Mokhtar, Menteri Agama di Jabatan Perdana Menteri menyampaikan sembah ucapan sempena Majlis Penyempurnaan Kursus Perdana Haji Peringkat Negeri Selangor.
Turut hadir YAD Dato’ Setia Prof Madya Dr. Haji Anhar bin Haji Opir, SS Dato’ Seri Utama Diraja Mufti Negeri Selangor; YB Dato’ Dr. Ahmad Fadzli bin Ahmad Tajuddin, Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor; YB Datuk Dr. Haniff bin Zainal Abidin, Pegawai Kewangan Negeri Selangor; YB Dato’ Salim bin Soib@Hamid, Penasihat Undang-Undang Negeri; YB Tuan Dr. Mohammad Fahmi bin Ngah, Exco Agama Islam dan Pembudayaan Inovasi Negeri Selangor; YBhg. Dato’ Haji Mohd Shahzihan bin Ahmad, Pengarah JAIS dan ketua jabatan berkaitan.
Â
SHAH ALAM 20 April-YAD Senator Dato Setia Haji Salehuddin bin...
Shah Alam, 19 April – Majlis Agama Islam Selangor (MAIS)...
SERENDAH, 18 April – Program turun padang Pengerusi Majlis Agama...
SHAH ALAM, 15 April – Majlis Agama Islam Selangor (MAIS)...
Putra Heights – Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) hari ini...