PROGRAM TURUN PADANG PENGERUSI MAIS

PROGRAM TURUN PADANG PENGERUSI MAIS

491710417 1054824946562704 1182551679605478679 n
SERENDAH, 18 April – Program turun padang Pengerusi Majlis Agama Islam MAIS, YAD Senator Dato’ Setia Haji Salehuddin Saidin, diteruskan dengan mengadakan lawatan ke Pusat Pemurnian Akidah Baitul Iman dan Pusat Pemulihan Baitul Islah MAIS & AADK hari ini.
Program turun padang dimulakan di Pusat Pemurniaan Akidah Baitul Iman. Kehadiran Pengerusi MAIS disambut baik oleh Penguasa Baitul Iman, Puan Mazlina Osman.
 
Dalam program tersebut, Pengerusi MAIS diberikan perkongsian berhubung proses pendaftaran pelatih, program dan aktiviti pelatih di pusat serta modul pemulihan yang digunakan di pusat tersebut.
Kemudian Program Turun Padang Pengerusi MAIS diteruskan ke Pusat Pemulihan Baitul Islah MAIS & AADK.
 
Antara pengisian dalam lawatan ke Baitul Islah ialah perkongsian taklimat ringkas pentadbiran Baitul Islah dan pembentangan isu semasa pentadbiran Hal Ehwal Islam Selangor di Baitul Iman dan Baitul Islah.
 
Turut hadir Prof. Dr. Salasiah binti Hanin Hamjah, Anggota MAIS merangkap Pengerusi Jawatankuasa Riqab; Dr. Haji Ahmad Shahir bin Makhtar, Setiausaha MAIS; Dr Hajah Norzaihan Mohd Zain, Timbalan Setiausaha MAIS (Operasi) MAIS dan Dr. Hajah Norraini binti Nordin, Pengarah Pembangunan Sosial, MAIS.
 
Baitul Iman dan Baitul Islah merupakan rumah pemulihan di bawah Bahagian Pemulihan Al-Riqab MAIS. Baitul Islah mendapat kerjasama dengan Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) bagi memberi pemulihan, rawatan dan perlindungan penagih dadah yang dijangkiti HIV.
 
Manakala Baitul Iman pula adalah sebuah pusat pemurnian akidah dan akhlak terutama bagi lelaki.
 

Add Your Heading Text Here

MAIS | Majlis Agama Islam Selangor