73 PELAJAR UNIVERSITI ISLAM ANTARABANGSA MALAYSIA (UIAM) TIMBA PENGALAMAN DI MAIS
73 PELAJAR UNIVERSITI ISLAM ANTARABANGSA MALAYSIA (UIAM) TIMBA PENGALAMAN DI MAIS

SHAH ALAM, 11 April – Seramai 73 pelajar dari Fakulti Perakaunan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) hadir ke Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) bagi menimba pengalaman dan pengetahuan berkaitan pengurusan Baitulmal.
Rombongan lawatan diketuai oleh Dr Ros Aniza Mohd Shariff, Assistant Professor UIAM disambut mesra oleh Ustaz Indera Shahril Mohd Shahid, Pengarah Baitulmal MAIS.
Antara lain dalam lawatan bertujuan mendapatkan maklumat berhubung pengurusan Baitulmal terutama amalan pengurusan harta Amanah, Hibah, Wasiat dan Pusaka. Selain itu, lawatan ini memberi peluang kepada mahasiswa dan mahasiswi UIAM untuk menjalankan program diskusi ilmu ilmiah dua hala dengan pihak Baitulmal MAIS.
“Semoga perkongsian dan pengalaman ini dijadikan panduan kepada pelajar-pelajar dalam menimba ilmu pengetahuan khususnya dalam pengurusan Baitulmal,”katanya.
Sementara itu, Dr Ros Aniza berkata, beliau mengucapkan terima kasih kepada MAIS atas kesudian menerima lawatan dan berharap agar pelajar-pelajar dapat menggunakan pengalaman dan pengetahuan dalam pembelajaran terutama pengurusan baitulmal.
SHAH ALAM, 28 Jun-Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) bersama Agensi...
SEPANG, 23 Jun – Pengerusi Majlis Agama Islam Selangor (MAIS),...
PUNCAK ALAM – Program turun padang Pengerusi Majlis Agama Islam...
Shah Alam, 18 Jun – Majlis Agama Islam Selangor (MAIS)...
Sabak Bernam – Pusat Perlindungan Wanita Baitul Ehsan, Majlis Agama...