MAIS Terima Sumbangan 600 pek bantuan raya untuk diagihkan kepada asnaf
MAIS Terima Sumbangan 600 pek bantuan raya untuk diagihkan kepada asnaf
SHAH ALAM, 21 Mac – Alhamdulillah, Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) hari ini telah menerima sumbangan 600 pek bantuan raya dari 99 Speedmart untuk diagihkan kepada asnaf yang memerlukan sempena sambutan hari raya yang bakal menjelma tidak lama lagi.
Â
Penyerahan simbolik pek sumbangan raya disampaikan oleh Encik Yong Eng Kwang, Ketua Pegawai Eksekutif 99 Speedmart Sdn Bhd kepada YAD Senator Dato’ Setia Haji Salehuddin Saidin,Pengerusi MAIS.
Simbolik penyerahan 10 pek sumbangan raya hari ini dan selebihnya telah selesai diagihkan oleh LZS kepada 590 asnaf sekitar daerah Petaling, Klang, Gombak dan Hulu Langat.
Â
Pek bantuan raya mengandungi barangan seperti pek ketupat nasi, corn flakes, santan, biskut, keropok kentang dan air minuman.
Â
“Terima kasih diucapkan kepada 99 Speedmart atas keprihatinan untuk turun menyumbang kepada mereka yang memerlukan,”kata Pengerusi MAIS.
Â
Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif, 99 Speedmart berharap agar kerjasama program seperti ini dapat diteruskan di masa yang akan datang.
Â
Hadir sama ialah Dr. Haji Ahmad Shahir Makhtar, Setiausaha MAIS; Puan Siti Aishah Abu Bakar, Ketua Divisyen Komunikasi Korporat LZS;Encik Md Yusmizan Yusof, Timbalan Ketua Divisyen Operasi Agihan Asnaf LZS dan Puan Noormala Mohd Sa’ad, Ketua Bahagian Komunikasi Korporat MAIS.
Â
LZS merupakan anak syarikat MAIS yang dipertanggungjawabkan untuk mengurus kutipan dan agihan zakat di negeri Selangor.
Putra Heights – Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) hari ini...
SHAH ALAM, 11 April – Seramai 73 pelajar dari Fakulti...
SABAK BERNAM, 10 April 2025 – Pengerusi Majlis Agama Islam...
PUTRA HEIGHTS, 6 APRIL-Pengerusi MAIS, Yang Amat Dihormati Dato’ Setia...
PENGERUSI MAIS TURUT IRINGI YANG DI-PERTUAN AGONG MENYANTUNI MANGSA KEBAKARAN PAIP GAS PUTRA HEIGHTS
SUBANG JAYA, 5 April – Senator Dato’ Setia Haji Salehuddin...