PENGERUSI ADAKAN SESI PERTEMUAN BERSAMA BARISAN PENGURUSAN TERTINGGI MAIS
PENGERUSI ADAKAN SESI PERTEMUAN BERSAMA BARISAN PENGURUSAN TERTINGGI MAIS
SHAH ALAM, 3 Mac–Pengerusi Majlis Agama Islam Selangor (MAIS), YAD Senator Dato Setia Haji Salehuddin Saidin mengadakan sesi pertemuan bersama barisan Pengurusan Tertinggi MAIS di sini hari ini bertujuan menyampaikan amanat dan berkongsi maklumat serta perkembangan terkini MAIS.
Â
Perbincangan dua hala turut diadakan termasuk berkaitan Struktur Pengurusan Organisasi dan Fungsi, Pengurusan Kewangan , Pengurusan Jawatankuasa Tetap MAIS dan Ringkasan Halatuju Strategik MAIS 2025-2030.
Hadir sama dalam pertemuan ini Tan Sri Mazlan Mansor, Timbalan Pengerusi MAIS; Dr. Haji Ahmad Shahir Makhtar, Setiausaha MAIS; Dr Hajah Norzaihan Mohd Zain, Timbalan Setiausaha (Operasi) MAIS dan Puan Hajah Nurhani Salwa Jamaluddin, Timbalan Setiausaha (Dasar & Pengurusan) MAIS.
Â
Semoga usaha ini dapat memperkasa pengurusan MAIS demi manfaat masyarakat Islam di negeri Selangor.
Â
SHAH ALAM, 3 Mac – Pengerusi MAIS, YAD Senator Dato...
SHAH ALAM, 3 Mac–Pengerusi Majlis Agama Islam Selangor (MAIS), YAD...
SHAH ALAM, 28 Februari – Majlis Perpisahan Pengerusi Majlis Agama...
SHAH ALAM, 24 Februari – Majlis Agama Islam Selangor (MAIS)...
SHAH ALAM, 21 Februari – Majlis Agama Islam Selangor (MAIS)...