MAJLIS PERPISAHAN PENGERUSI BERSAMA WARGA KERJA MAIS

MAJLIS PERPISAHAN PENGERUSI BERSAMA WARGA KERJA MAIS

481662654 1017953410249858 1557069429016370307 n
SHAH ALAM, 28 Februari – Majlis Perpisahan Pengerusi Majlis Agama Islam Selangor (MAIS), YAD Tan Sri Dato’ Seri Abdul Aziz Mohd Yusof yang menamatkan perkhidmatannya hari ini disambut dengan kehadiran pengurusan tertinggi dan warga kerja MAIS.
 
Majlis yang diadakan ini merupakan majlis penghargaan bagi meraikan jasa dan khidmat bakti Pengerusi MAIS yang telah berkhidmat bagi tempoh lantikan sesi 2021-2025.
Dalam ucapan alu-aluan oleh Setiausaha MAIS, Y.Bhg Dr. Hj Ahmad Shahir Makhtar antaranya menyatakan pelbagai kejayaan dicapai sepanjang perkhidmatan Tan Sri Dato Seri sebagai Pengerusi MAIS dan beliau juga amat disenangi oleh warga MAIS.
 
“Beliau juga dikenali sebagai seorang yang sentiasa menghargai setiap lapisan kakitangan, tanpa mengira kedudukan, sehingga pemandu-pemandu yang bekerja bersama beliau sering memuji sikapnya yang rendah hati dan penuh perhatian.
 
“Jasa dan pengorbanan Tan Sri Dato’ Seri sepanjang hampir lima tahun ini akan terus dikenang, bukan sahaja oleh kami di MAIS, tetapi pastinya oleh seluruh umat Islam di negeri Selangor. Semoga Tan Sri Dato Seri terus dikurniakan kesihatan yang baik, diberkati usianya dan diberikan kejayaan dalam segala urusan, dan diberkati oleh Allah SWT,” ujar beliau.
 
YAD Tan Sri Dato Seri Abdul Aziz telah dilantik sebagai Pengerusi MAIS pada 1 Januari 2021 dan berkhidmat selama hampir lima tahun di MAIS.
 
Turut hadir dalam majlis ini ialah Dr Hajah Norzaihan Mohd Zain, Timbalan Setiausaha (Operasi) MAIS; Puan Hajah Nurhani Salwa Jamaluddin, Timbalan Setiausaha (Dasar & Pengurusan) MAIS; Pengurusan Tertinggi, Ketua-ketua Bahagian dan semua warga kerja MAIS.
 

Add Your Heading Text Here

MAIS | Majlis Agama Islam Selangor