MAJLIS AGAMA ISLAM SELANGOR DAN BAITULMAL BERBIDANG KUASA MENGURUSKAN HARTA LUQATAH

MAJLIS AGAMA ISLAM SELANGOR DAN BAITULMAL BERBIDANG KUASA MENGURUSKAN HARTA LUQATAH

475345898 996004645778068 6690858799589620329 n
Peruntukan mengenai punca kuasa Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) ke atas Baitulmal telah dinyatakan dalam Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Selangor) 2003.
 
Di bawah subseksyen 81(2) Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Selangor) 2003 telah memperuntukkan bahawa, “Baitulmal hendaklah terdiri daripada semua wang dan harta, alih atau tak alih, yang menurut Hukum Syarak atau di bawah Enakmen ini atau peraturan-peraturan atau kaedah-kaedah yang dibuat di bawahnya, terakru, atau disumbangkan oleh mana-mana orang, kepada Baitulmal.”
 
Salah satu jenis terimaan di MAIS dan Baitulmal adalah melalui harta luqatah. Harta luqatah ialah harta yang ditemui di suatu kawasan yang tidak dimiliki, tidak dijaga, dan penemu tidak mengenali pemiliknya.
 
Hadis daripada Zaid bin Khalid al-Juhani r.a. bahawasanya Rasulullah S.A.W bersabda:
 
اعْرِفْ وِكَاءَهَا وَعِفَاصَهَا، ثُمَّ عَرِّفْهَا سَنَةً، فإنْ لَمْ تَعْرِفْ فَاسْتَنْفِقْهَا، وَلْتَكُنْ وَدِيعَةً عِنْدَكَ، فإنْ جَاءَ طَالِبُهَا يَوْمًا مِنَ الدَّهْرِ فأدِّهَا إلَيْهِ
Yang bermaksud: “Kenalilah ikatan atau bungkusannya, kemudian umumkan selama setahun, jika kamu tidak kenali pemiliknya, gunalah ia dan jadikan nilainya sebagai simpanan kamu. Jika pemiliknya datang menuntutnya pada bila-bila masa, hendaklah kamu serahkan kepadanya.” (Riwayat Muslim)
 
Alhamdulillah, pada 23-24 Januari 2025 yang lepas, Ust Indera Shahril bin Mohd Shahid, Pengarah Baitulmal MAIS telah dijemput untuk menghadiri Bengkel Pengurusan Harta Luqatah Negeri Pahang yang dianjurkan oleh Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP) di EyrabySURIA, Janda Baik, Pahang.
 
Bengkel ini diadakan bertujuan untuk membina garis panduan pengurusan harta luqatah di negeri Pahang dan dihadiri oleh pegawai-pegawai kanan MUIP, ahli jawatankuasa Perundangan Hukum Syarak Negeri Pahang dan Imam Besar Masjid Sultan Ahmad 1, Pahang.
 
Beberapa isu dan pandangan telah diutarakan berkenaan kedudukan harta luqatah dan kaedah pengurusannya agar ia selari dengan kedudukan MAIN selaku pemegang amanah harta orang Islam.
 

Add Your Heading Text Here

MAIS | Majlis Agama Islam Selangor