PENGERUSI MAIS RASMI MAJLIS KONVOKESYEN PROGRAM PENGAJIAN SEPANJANG HAYAT KALI KE-4 SESI 2023/2024

PENGERUSI MAIS RASMI MAJLIS KONVOKESYEN PROGRAM PENGAJIAN SEPANJANG HAYAT KALI KE-4 SESI 2023/2024

471324373 971370324908167 1791770029228722097 n
SHAH ALAM, 22 Disember 2024 – Pengerusi Majlis Agama Islam Selangor (MAIS), Yang Amat Dihormati Tan Sri Dato’ Seri Abdul Aziz bin Mohd Yusof telah merasmikan Majlis Konvokesyen Program Pengajian Sepanjang Hayat Kali Ke-4 Sesi 2023/2024 di Shah Alam Convention Centre.
 
Program tersebut yang merupakan kerjasama di antara MAIS, Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), Universiti Islam Selangor (UIS) dan Lembaga Zakat Selangor (LZS) telah menawarkan Persijilan Awam Pengurusan Masjid, Persijilan Awam Pengurusan Halal dan Persijilan Awam Fiqh Wanita.
 
Program tersebut telah dilaksanakan di 32 buah masjid yang terpilih di negeri Selangor sebagai satu proses pendidikan berterusan yang juga bertujuan mendidik masyarakat untuk mencintai ilmu dan beramal dengannya.
 
Graduan seramai 177 orang telah berjaya menamatkan pengajian yang ditawarkan bagi sesi 2023/2024 ini melibatkan lapan buah masjid yang terpilih di seluruh daerah di negeri Selangor.
 
Turut hadir dalam Majlis tersebut ialah Yang Berbahagia Encik Mohd Faizal bin Abdul Raji, Timbalan Pengarah Pengurusan JAIS; Yang Berusaha Prof. Madya Dr. Zetty Nurzuliana binti Rashed, Timbalan Naib Canselor, Akademik dan Pengantarabansaan, UIS; Yang Berusaha Dr. Abdul Razif bin Zaini, Timbalan Naib Canselor, Hal Ehwal Pelajar dan Alumni dan Tuan Anas bin Ayob, Ketua Penolong Pengarah, Bahagian Pendidikan Islam, JAIS.

Add Your Heading Text Here

MAIS | Majlis Agama Islam Selangor