SEMINAR HARTA SEPENCARIAN ANJURAN MAIS, BINCANG ISU-ISU TUNTUTAN HARTA SEPENCARIAN
SEMINAR HARTA SEPENCARIAN ANJURAN MAIS, BINCANG ISU-ISU TUNTUTAN HARTA SEPENCARIAN
SHAH ALAM, 20 Disember – “Terbaik MAIS kerana anjurkan Seminar Harta Sepencarian”. Itulah ungkapan ringkas bagi salah seorang peserta Seminar Harta Sepencarian anjuran Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) dan Kelab Sukan dan Kebajikan (KSK) MAIS di sini hari ini.
Puan Galoh Munirah Osman, Peguam Tetuan Ainin Abdul Rahim berpendapat program yang dianjurkan oleh MAIS ini sangat bermanfaat kepada masyarakat dan pengamal undang-undang.
“Seminar ini sangat bagus bukan selalu kita ada peluang untuk mendengar taklimat dari peguam-peguam tersohor seperti Datuk Akberdin. Program seperti ini, kita dapat mengetahui kaedah dan langkah-langkah untuk menuntut harta sepencarian dan saya berharap agar program seperti ini dapat diteruskan di masa akan datang,”katanya.
Alhamdulillah seramai 80 orang peserta hadir dalam program Seminar Harta Sepencarian yang melibatkan individu persendirian, agensi kerajaan dan swasta serta pengamal undang-undang bertempat di Dewan Muktamar, JAKESS.
Seminar ini bertujuan untuk memberi pencerahan dan pendedahan tentang prosedur dan langkah-langkah yang perlu diketahui untuk menuntut hak harta sepencarian. Selain itu, melalui program ini juga dapat meningkatkan kemahiran pengamal undang-undang dalam penyelesaian masalah ketika mengendalikan kes harta sepencarian.
Seminar ini menampilkan penceramah iaitu Datuk Akberdin Haji Abdul Kader, Peguambela, Peguamcara dan Peguam Syarie dengan tajuk “Satu untuk kau, dua untuk aku!”.
Turut hadir dalam program ini ialah Puan Hajah Nurhani Salwa Jamaluddin, Timbalan Setiausaha (Dasar dan Pengurusan) MAIS; Puan Norlaili Mohamad, Penasihat Undang-Undang MAIS dan Encik Zaharuddin Salim, Pengarah Starategi Korporat MAIS.
SHAH ALAM, 20 Januari – Seramai 40 orang mahasiswa dan...
SHAH ALAM,16 Januari- Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) telah menerima...
SHAH ALAM, 14 Januari – Majlis Agama Islam Selangor (MAIS)...
Masjid Negeri Shah Alam, 24 Disember 2024 – Majlis Agama...