SETIAUSAHA MAIS, SEMPURNAKAN PELANCARAN BUKU PERMASALAHAN FEQAH & 3 JUDUL LAIN

SETIAUSAHA MAIS, SEMPURNAKAN PELANCARAN BUKU PERMASALAHAN FEQAH & 3 JUDUL LAIN

470567265 967911858587347 4069411518908739294 n
SHAH ALAM, 18 Disember – Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) telah dijemput oleh Galeri Ilmu Sdn Bhd bagi melancarkan Buku 2,500 Permasalahan Feqah & 3 Judul Lain yang dikarang oleh Al-Fadhil Ustaz Muhadir Haji Joll.
 
Pelancaran disempurnakan oleh Dr Haji Ahmad Shahir Makhtar, Setiausaha MAIS dalam Majlis Pelancaran Buku 2,500 Permasalahan Feqah & Tiga Judul Lain di sini hari ini. Setiausaha MAIS dalam ucapannya berkata, MAIS sentiasa menyokong usaha bagi menerbitkan buku-buku ilmiah kerana ianya mampu dapat menyelesaikan isu-isu di kalangan umat Islam.
 
“Buku 2,500 Permasalahan Feqah misalnya, saya fikir mampu menyuluh isu-isu feqah atau hukum-hakam dalam kehidupan seharian umat Islam. Ia sangat penting kerana melibatkan soal halal haram, dan sah batal dalam beramal ibadah,”katanya.
 
Menurutnya lagi, MAIS menyeru kepada semua pihak terutama di negeri Selangor untuk bersama-sama dalam menyampaikan dakwah melalui penulisan dan pembacaan.
 
“Salah satu salurannya ialah dakwah melalui penerbitan bahan-bahan ilmiah seperti ini yang dapat dijadikan rujukan dan panduan dalam mengamalkan ajaran Islam berlandaskan hukum syarak,”katanya.
 
Turut hadir dalam majlis ialah Dato’ Muhammad Farhan Wijaya, Imam Besar Masjid Negeri; Al-Fadhil Ustaz Muhadir Haji Joll, Pendakwah Bebas dan juga Pengarang Kitab 2500 Permasalahan Feqah dan Tuan Haji Mohd Yusri Mohd Yusof, Ketua Pegawai Eksekutif Galeri Ilmu Media Group selaku Penerbit.
 

Add Your Heading Text Here

MAIS | Majlis Agama Islam Selangor