MAIS LANCAR BUSINESS CONTINUITY MANAGEMENT (BCM)

MAIS LANCAR BUSINESS CONTINUITY MANAGEMENT (BCM)

473692540 986224906756042 3324343869954241747 n
SHAH ALAM, 14 Januari – Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) melancarkan Business Continuity Management (BCM) bagi memastikan MAIS tetap berfungsi dalam situasi kecemasan.
 
Pelancaran disempurnakan oleh YAD Tan Sri Dato’ Seri Abdul Aziz Mohd Yusof, Pengerusi MAIS dalam Majlis Perutusan Pengerusi MAIS Tahun 2025 yang diadakan di Dewan Syarahan dan Muzakarah Islam Masjid Negeri di sini hari ini.
 
Business Continuity Management (BCM) merupakan satu panduan dan prosedur yang dilaksanakan untuk bertindak balas secara berkesan terhadap sebarang situasi kecemasan atau bencana yang akan mengganggu operasi MAIS.
 
Menerusi pelan-pelan yang diwujudkan dalam BCM membolehkan MAIS mengenalpasti impak gangguan perniagaan di samping menyediakan pelan tindak balas untuk menangani semua jenis risiko perkhidmatan dan meminimumkan kesan terhadap organisasi.
 
BCM menggariskan enam dokumen sokongan iaitu Manual BCMS, Pelan Komunikasi Krisis, Pelan Kesinambungan Perniagaan Kumpulan, Pelan Kesinambungan Perniagaan Jabatan (TAPED), Garis Panduan Pengurusan Kecemasan & Pengurusan Krisis dan Pelan Tindak Balas Kecemasan.
 
MAIS berharap dengan wujudnya BCM, MAIS sentiasa bersedia sekiranya berlaku situasi kecemasan dan bencana agar MAIS dapat kekal memberikan perkhidmatan yang baik kepada masyarakat.
 
Sementara itu, Pengerusi MAIS dalam ucapan Perutusan Pengerusi MAIS Tahun 2025, beliau menekankan lima objektif hala tuju bagi tahun ini sebagai agenda utama dalam pembinaan KPI dan bajet antaranya ialah Pengukuhan Akidah; Memajukan Kesejahteraan Sosial Ummah; Meningkatkan Ekonomi; Menyampaikan Komunikasi Dakwah Yang Berkesan dan Memastikan Penyampaian Perkhidmatan Yang Responsif dan Dinamik.
 
Tambahnya lagi, beliau berharap agar MAIS bersama Jabatan-Jabatan Hal Ehwal Islam Selangor, Agensi dan Anak Syarikat MAIS dapat meneruskan momentum kecemerlangan yang natijahnya akan menghasilkan satu kejayaan yang bermakna untuk umat Islam di negeri Selangor.
 
MAIS juga turut melancarkan Kompilasi Artikel Indahnya Dakwah Islam yang boleh dimuat turun dari laman web MAIS iaitu www.mais.gov.my. MAIS melalui Jawatankuasa Bertindak Ancaman Agama (JKBAA) telah mengambil insiatif menerbitkan artikel-artikel dakwah sepanjang tahun 2018-2023 yang dikompilasikan sebagai satu naskhah bertajuk Indahnya Islam. Artikel yang diterbitkan merangkumi pelbagai aspek iaitu akidah, fiqh, institusi diraja dan sosial.
 
Dalam majlis ini, turut diadakan Majlis Penyampaian Sumbangan MAIS menggunakan sumber Baitulmal kepada Jabatan Mufti Negeri Selangor (JMNS) RM100,000.00 dan Jabatan Pendakwaan Syariah Selangor (JPSS) RM100,000.00. Turut diadakan penyampaian sumbangan menggunakan peruntukan Hasil Agama kepada Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) RM1,700,000.00 dan Jabatan Kehakiman Syariah Selangor (JAKESS) RM900,000.00.
 
Pada majlis yang sama, turut diadakan penyampaian Sumbangan Wakaf dari Teraju Ekonomi Asnaf Sdn Bhd (TERAS) berjumlah RM70,000.00 kepada Perbadanan Wakaf Selangor (PWS) dan penyampaian Sijil Penghargaan kepada Pasukan Inovasi MAIS-HeBAT.
 
Turut hadir ialah pegawai-pegawai MAIS, barisan Pengurusan Tertinggi MAIS, Jabatan-Jabatan Hal Ehwal Islam Selangor, Agensi dan Anak Syarikat MAIS.
 

Add Your Heading Text Here

MAIS | Majlis Agama Islam Selangor