PENGERUSI MAIS RASMI SAMBUTAN HARI OKU SEDUNIA

PENGERUSI MAIS RASMI SAMBUTAN HARI OKU SEDUNIA

469865094 961635039215029 5107380735591080420 n
Shah Alam, 8 Disember – Pengerusi MAIS, Tan Sri Dato’ Seri Abdul Aziz Mohd Yusof telah merasmikan program Sambutan Hari OKU Sedunia anjuran Bahagian Pendidikan Islam, Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) dengan kerjasama Pertubuhan Islam Bukan Kerajaan (PIBK) MAIS Kluster Pendidikan.
 
Program bertujuan untuk meraikan komuniti istimewa OKU melalui naungan nilai-nilai Islam selain menyantuni PIBK Islam melalui kerjasama dalam menganjurkan aktiviti dakwah yang bermanfaat kepada Masyarakat khususnya di negeri Selangor.
 
Program dihadiri seramai 500 orang peserta terdiri dari ibu bapa istimewa, guru-guru pendidikan khas, pensyarah dari pelbagai bidang terutama mahasiswa IPTA/IPTS dan petugas pusat pemulihan dalam komuniti.
 
Pengerusi MAIS dalam ucapannya berkata, beliau amat berbesar hati dengan inisiatif yang mencerminkan kolaborasi mantap antara PIBK Islam dalam penganjuran program meraikan komuniti OKU khususnya PIBK MAIS Kluster Pendidikan.
 
“Selaku peneraju hal ehwal Islam di negeri Selangor, MAIS dan JAIS komited untuk terus menyokong usaha sebegini sebagai sebahagian daripada agenda memperkasa dakwah,”katanya.
 
Antara pengisian program sepanjang program berlangsung adalah Ceramah, Persembahan Qasidah, Majlis Munajat Mega OKU Berdoa dan Pameran / Cerapan Matahari.
 

Add Your Heading Text Here

MAIS | Majlis Agama Islam Selangor