KURSUS PEMANTAPAN PEMBIMBING RIQAB NEGERI SELANGOR SIRI 2/2024
KURSUS PEMANTAPAN PEMBIMBING RIQAB NEGERI SELANGOR SIRI 2/2024
KLANG, 10 November – Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) melalui Bahagian Pemulihan Ar-Riqab menganjurkan Kursus Pemantapan Pembimbing Riqab Siri 2/2024 pada 8-10 November 2024 bertujuan sebagai medium pemantapan pemahaman, pengukuhan dan penguasaan fardhu ain kepada peserta yang terlibat bersesuaian dengan tugas sebagai pembimbing riqab.
Â
Peserta yang terlibat dalam kursus ini adalah seramai 55 orang guru pembimbing Riqab yang mengajar dan membimbing para pelatih di Rumah Pemulihan Riqab MAIS. Kursus ini melibatkan enam orang penceramah daripada pelbagai bidang dan kepakaran antaranya ialah Ustaz Fadzirul Akmal Mohd Sharif, Ketua Bahagian Pemulihan Riqab; Prof Madya Dr Hasnan bin Kasan; Haji Solekhan Roup; Puan Khairiah Mohamed; dan Tuan Mohd Amer Tuan Ismail.
Â
Perasmian disempurnakan oleh Ustaz Fadzirul Akmal Mohd Sharif, Ketua Bahagian Pemulihan Riqab MAIS. Dalam ucapannya, beliau menzahirkan penghargaan dan ucapan tahniah kepada guru-guru pembimbing riqab yang telah dilantik bagi menjalankan tugas tanggungjawab sebagai pembimbing dalam proses pemulihan kepada asnaf riqab.
Â
Semoga dengan pelaksanaan kursus tersebut dapat memberi pendedahan kepada peserta yang terlibat dalam menambah baik pengurusan tugas pembimbing riqab agar cemerlang dalam ilmu pengetahuan dan kemahiran dalam membimbing asnaf riqab di negeri Selangor.
Â
PUTRA HEIGHTS, 6 APRIL-Pengerusi MAIS, Yang Amat Dihormati Dato’ Setia...
PENGERUSI MAIS TURUT IRINGI YANG DI-PERTUAN AGONG MENYANTUNI MANGSA KEBAKARAN PAIP GAS PUTRA HEIGHTS
SUBANG JAYA, 5 April – Senator Dato’ Setia Haji Salehuddin...
Subang Jaya, 3 April – Pengerusi Majlis Agama Islam Selangor...
SHAH ALAM, 28 Mac – Dr Haji Ahmad Shahir Makhtar,...
SHAH ALAM, 26 Mac 2025 – Majlis Agama Islam Selangor...