KURSUS PEMANDU PEGAWAI MAJLIS AGAMA ISLAM SELANGOR 2024
KURSUS PEMANDU PEGAWAI MAJLIS AGAMA ISLAM SELANGOR 2024
TANJUNG MALIM, 8 November – Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) melalui Bahagian Pentadbiran telah menganjurkan Kursus Pemandu Pegawai Majlis Agama Islam Selangor bagi Tahun 2024 di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) Tanjung Malim.
Seramai 31 orang peserta dikalangan pegawai sebagai pemandu, penyelia kenderaan dan yang diberi kuasa memandu terlibat dalam kursus ini yang diadakan selama 3 hari 2 malam bermula 8 – 10 November yang lalu.
Kursus yang diadakan bertujuan untuk memberi peluang kepada peserta bagi meningkatkan ilmu berhubung prosedur dan tatacara pengendalian kenderaan. Selain itu, kursus ini juga memberi pendedahan kepada peserta bagi mempelajari ilmu-ilmu pemanduan berhemah dan pengendalian kenderaan pacuan empat roda (4×4).
Perasmian kursus telah disempurnakan oleh Ustaz Suhaimi bin Ismail, Pengarah Khidmat Pengurusan MAIS. Dalam ucapannya beliau mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua pegawai yang terlibat dalam kursus ini. Beliau turut memberikan kata-kata semangat kepada peserta dalam mendepani cabaran dalam tugasan sebagai pemandu.
PUTRA HEIGHTS, 6 APRIL-Pengerusi MAIS, Yang Amat Dihormati Dato’ Setia...
PENGERUSI MAIS TURUT IRINGI YANG DI-PERTUAN AGONG MENYANTUNI MANGSA KEBAKARAN PAIP GAS PUTRA HEIGHTS
SUBANG JAYA, 5 April – Senator Dato’ Setia Haji Salehuddin...
Subang Jaya, 3 April – Pengerusi Majlis Agama Islam Selangor...
SHAH ALAM, 28 Mac – Dr Haji Ahmad Shahir Makhtar,...
SHAH ALAM, 26 Mac 2025 – Majlis Agama Islam Selangor...