PROGRAM TAUTAN MAHABBAH KOMUNITI DISAYANGI SIRI 2 TAHUN 2024
PROGRAM TAUTAN MAHABBAH KOMUNITI DISAYANGI SIRI 2 TAHUN 2024

KLANG, 13 OKTOBER : Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) melalui Bahagian Pemulihan Al Riqab menganjurkan Program Tautan Mahabbah Komuniti Disayangi Siri 2 Tahun 2024 pada 11-13 Oktober 2024 yang lalu bertempat di Premiere Hotel Klang.
Seramai 36 orang peserta di kalangan asnaf riqab terlibat dalam program ini yang bertujuan menerapkan nilai-nilai Islam dalam komuniti terbabit termasuk memperkukuhkan pemulihan asnaf riqab di samping membina hubungan baik antara ahli komuniti dengan MAIS.
Antara penceramah program ini adalah Ustaz Mohd Firdauz Mohd Syukran, Penolong Pengarah Kanan Bahagian Dakwah JAKIM; Ustaz Ahmad Atoá Mokhtar, Pensyarah Kanan Universiti Islam Selangor; Dr. Engku Mardiah Engku Kamarudin, Pensyarah Kanan Universiti Putra Malaysia; Coach Shamseer Sarwar, Rumah Pemulihan Riqab Rumah Sahabat dan Coach Saiful Chua Abdullah, Pengurus Saif Ocean Enterprise.
Selain itu, para peserta juga didedahkan dengan aktiviti berkumpulan bagi memupuk semangat kerjasama pasukan serta sesi perkongsian agama bagi memberi peluang kepada mereka untuk bertukar-tukar pendapat dan idea.
Perasmian penutup disempurnakan oleh Dr Norraini Nordin, Pengarah Sektor Pembangunan Sosial MAIS. Peserta yang hadir rata-ratanya berpuas hati dengan pengisian program dan berharap agar program seperti ini dapat diteruskan di masa akan datang.
SHAH ALAM 20 April-YAD Senator Dato Setia Haji Salehuddin bin...
Shah Alam, 19 April – Majlis Agama Islam Selangor (MAIS)...
SERENDAH, 18 April – Program turun padang Pengerusi Majlis Agama...
SHAH ALAM, 15 April – Majlis Agama Islam Selangor (MAIS)...
Putra Heights – Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) hari ini...