MAIS SERTAI EKSPO USAHAWAN SELANGOR SELBIZ 2024

MAIS SERTAI EKSPO USAHAWAN SELANGOR SELBIZ 2024

462215270 916357570409443 2556143499510018331 n
SETIA ALAM, 4 Oktober – Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) membuka kaunter penerangan sepanjang Ekspo Usahawan Selangor SELBIZ 2024 yang berlangsung bermula 4 Oktober hingga 6 Oktober 2024.
 
Kaunter penerangan MAIS bernombor 091 dan 092 dibuka dari jam 10.00 pagi hingga 10.00 malam memberi peluang kepada pengunjung yang datang bagi mengetahui perkhidmatan yang ditawarkan oleh MAIS.
 
Orang ramai dipelawa hadir untuk memperoleh pelbagai maklumat berkaitan perkhidmatan MAIS yang ditawarkan seperti pengurusan harta, bantuan guaman syarie, sewaan hartanah, pendaftaran muallaf dan pemulihan riqab.
 
Orang ramai amat digalakkan mengunjungi booth MAIS untuk mendapatkan khidmat nasihat dan pandangan dari MAIS.
 
Program SELBIZ 2024 menampilkan tiga komponen iaitu forum, ekspo dan padanan perniagaan.
 
SELBIZ 2024 dirasmikan oleh YAB Dato’ Seri Amirudin Shari, Dato’ Menteri Besar Selangor.
 

Add Your Heading Text Here

MAIS | Majlis Agama Islam Selangor