MAIS SELESAI PENGAUDITAN PENYATA KEWANGAN MAIS 2023

MAIS SELESAI PENGAUDITAN PENYATA KEWANGAN MAIS 2023

462858236 920243446687522 5411495006927693874 n
SHAH ALAM, 10 Oktober – Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) selesai pengauditan bagi Penyata Kewangan MAIS berakhir 31 Disember 2023 dan Mesyuarat Exit Conference telah diadakan pada 10 Oktober yang dipengerusikan oleh Y.Bhg. Datuk Wan Suraya Wan Mohd Radzi, Ketua Audit Negara.
 
Sijil Audit telah ditandatangan oleh Y. Bhg. Datuk Ketua Audit Negara dan diserahkan kepada YAD Tan Sri Dato’ Seri Abdul Aziz Mohd Yusof, Pengerusi Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) selepas selesai Mesyuarat Exit Conference.
 
Beliau turut mengucapkan tahniah kepada MAIS, agensi dan anak syarikat MAIS dalam usaha melengkapkan pengauditan Penyata Kewangan MAIS 2023.
 
Turut hadir mewakili MAIS ialah Dato Prof Madya Dr Haji Miszairi Haji Sitiris, Sahibus Samahah Timbalan Mufti Selangor; Dr Haji Ahmad Shahir Makhtar, Setiausaha MAIS; Tn. Haji Mohd Sabirin Sarbini dan Ketua Pegawai Eksekutif, LZS dan Tn. Haji Anuar Hamzah bin Toha ,Ketua Pegawai Eksekutif PWS.
 
Hadir sama ialah Dr Hajah Norzaihan Mohd Zain, Timbalan Setiausaha Operasi MAIS; Puan Hajjah Nurhani Salwa Jamaluddin, Timbalan Setiausaha Dasar & Pengurusan MAIS; Encik Rohaizul Mohamed Kholil, Pengarah Kewangan MAIS dan Puan Rohana Hassan, Ketua Audit Dalam MAIS.
 

Add Your Heading Text Here

MAIS | Majlis Agama Islam Selangor