MAIS TERIMA KUNJUNGAN MYNIC BERHAD

MAIS TERIMA KUNJUNGAN MYNIC BERHAD

462471854 918067916905075 381212702742814990 n
SHAH ALAM, 8 Oktober – Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) hari ini menerima kunjungan dari MYNIC Berhad yang diketuai oleh Datuk Ts Hasnul Fadhly Hasan, Ketua Pegawai Eksekutif MYNIC Berhad bertujuan untuk mengadakan perbincangan berkaitan peluang kerjasama bersama MAIS dalam membantu dan meningkatkan ekonomi usahawan asnaf terutama di dalam bidang keusahawanan digital.
 
Lawatan MYNIC Berhad seramai tiga orang disambut mesra oleh Puan Hajah Nurhani Salwa Jamaluddin, Timbalan Setiausaha (Dasar dan Pengurusan) MAIS dan seterusnya mempengerusikan mesyuarat.
 
Antara lain pihak MYNIC Berhad berkongsi maklumat perkembangan syarikat yang diharapkan dapat dimanfaatkan bersama MAIS dan agensi serta anak syarikat yang berkaitan.
Semoga jalinan hubungan ini dapat mengeratkan hubungan yang baik di antara MAIS dengan MYNIC Berhad.
 
Hadir sama dalam perbincangan ialah Puan Norhafizah Othman, Ketua Bahagian Perancangan Strategik MAIS; Puan Hajah Noormala Mohd Sa’ad, Ketua Bahagian Komunikasi Korporat MAIS, wakil pegawai Lembaga Zakat Selangor (LZS) dan wakil pegawai Teraju Ekonomi Asnaf Sdn Bhd (TERAS).
 

Add Your Heading Text Here

MAIS | Majlis Agama Islam Selangor