BAITULMAL MAIS DI JUALAN AGRO MADANI PERTUBUHAN PELADANG KAWASAN GOMBAK & PETALING

BAITULMAL MAIS DI JUALAN AGRO MADANI PERTUBUHAN PELADANG KAWASAN GOMBAK & PETALING

462400025 922531299908405 6635105245059485297 n
5 OKT, PETALING-Pihak Baitulmal MAIS melalui Baitulmal Daerah Gombak & Hulu Selangor telah dijemput oleh Pertubuhan Peladang Kawasan Gombak & Petaling untuk memberi ceramah berkenaan Faraid, Wasiat & Hibah.
 
Ceramah disampaikan kepada warga Peladang dan para pengunjung Jualan Agro Madani di Sungai Plong.
 
Pihak Peladang diketuai Pengurus Besar PPK Gombak & Petaling, Puan Azizon Khatimah Azahari turut sama mendengar penerangan dan soal jawab berkenaan pengurusan harta umat Islam yang disampaikan Ustaz Izhar Ismail, Ketua Zon Baitulmal Daerah Zon Timur (Gombak & Hulu Selangor).
 
Semoga dengan perkongsian ini akan dapat membantu memberi pendedahan dan kesedaran kepada pengunjung yang hadir dalam hal-hal pengurusan harta Islam dengan baik dan menjadikan MAIS sebagai rujukan utama.
 
Sepanjang Oktober ini disampaikan penerangan kempen kesedaran penyaluran wang tidak patuh syariah & penyerahan harta luqatah kepada Baitulmal MAIS.
 
Ayuh rancang & urus pembahagian harta anda bersama kami di Baitulmal MAIS. Sila layari pautan yang disediakan untuk permohonan wasiat atau hibah dengan lebih mudah dan pantas secara atas talian:
 
Sebarang pertanyaan, hubungi di talian +6010-251 9556 (Whatsapp)

Add Your Heading Text Here

MAIS | Majlis Agama Islam Selangor