BENGKEL PEMURNIAN MANUAL PENGURUSAN HARTA PUSAKA MAIN 30 SEP – 2 OKT 2024

BENGKEL PEMURNIAN MANUAL PENGURUSAN HARTA PUSAKA MAIN 30 SEP – 2 OKT 2024

461973320 914555767256290 2736884866589689993 n
3 Okt – Alhamdulillah MAIS melalui Sektor Baitulmal telah menghadiri Bengkel Permunian Manual Pengurusan Harta Pusaka pada 30 September hingga 2 Oktober 2024 yang lalu.
 
Bengkel ini merupakan bengkel susulan selepas 2 bengkel penyediaan yang telah dilaksanakan sebelum ini. Ia dianjurkan oleh JAWHAR bertempat di Hotel Regency Seri Warisan, Taiping, Perak.
 
Bengkel ini dihadiri oleh seramai 20 orang yang terdiri daripada pakar rujuk ilmu faraid, Ust Hj Wan Abdul Halim bin W Harun, pegawai-pegawai kanan JKPTG Persekutuan yang diketuai oleh Pengarah Bahagian Pembahagian Pusaka JKPTG, Tuan Hj Baharudin Aziz, pakar rujuk industri Tuan Hj Ahmad Termizi Abdullah, wakil akademik Dr Mohd Yazid Ahmad UKM dan wakil-wakil MAIN iaitu dari Majlis Agama Islam Selangor, Majlis Agama Islam Negeri Sembilan, Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan, Majlis Agama Islam Kedah, Majlis Agama Islam Kelantan, Majlis Agama Islam Melaka dan Majlis Agama Islam Negeri Johor.
 
Manual ini telah 90% siap dan bakal menjadi rujukan utama kepada MAIN dalam melaksanakan tindakan sebagai pempetisyen, pemohon dan pemegang amanah harta pusaka orang Islam selaras dengan pindaan Akta Harta Pusaka Kecil (Pembahagian) 1955 Pindaan 2022.
 
Mudah-mudahan manual ini dapat disiapkan sepenuhnya dan dapat digunakan oleh semua MAIN.
 

Add Your Heading Text Here

MAIS | Majlis Agama Islam Selangor