MAIS DAN PNSB KONGSI PENGALAMAN PEMBANGUNAN HARTANAH DI NEGERI SELANGOR

MAIS DAN PNSB KONGSI PENGALAMAN PEMBANGUNAN HARTANAH DI NEGERI SELANGOR

459201217 898539558857911 7661255011561096462 n
SHAH ALAM, 11 September-Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) mengadakan kunjungan hormat ke Permodalan Negeri Selangor Berhad (PNSB) bagi membincangkan perkembangan terkini serta peluang yang boleh dibina bersama di antara MAIS dan PNSB.
 
Delegasi MAIS diketuai oleh Yang Amat Dihormati Tan Sri Dato’ Seri Abdul Aziz bin Mohd Yusof, Pengerusi MAIS bersama 10 orang pegawai. Kunjungan MAIS disambut baik oleh Ketua Pegawai Eksekutif PNSB, Yang Mulia Raja Ahmad Shahrir bin Raja Salim bersama barisan Pengurusan Tertinggi PNSB.
 
Pengerusi MAIS dalam ucapan balas berkata, MAIS berpotensi untuk menjalinkan kerjasama bersama PNSB dalam pembangunan hartanah milik MAIS khususnya di negeri Selangor.
 
‘Sesi kunjungan yang diadakan pada hari ini bukan sahaja sebagai pertukaran maklumat dan percambahan idea, malahan diharapkan ia dapat menjadi suntikan untuk jalinan dalam pembangunan hartanah,” ujarnya.
 
Seterusnya Ketua Pegawai Eksekutif PNSB juga berpandangan agar sebagai agensi di bawah kerajaan negeri Selangor, pihak PNSB bersedia untuk menjalinkan kerjasama bersama MAIS.
 
Turut hadir dalam kunjungan ini Yang Berbahagia Dato’ Wan Hashimi Albakri Bin Wan Ahmad Amin Jaffri, Penasihat Kanan Pelaburan PNSB; Yang Berbahagia Dato’ Haji Zamri Bin Haji Ahmad, Ketua Bahagian Perancangan & Operasi; Dr. Hajah Norzaihan binti Mohd Zain, Timbalan Setiausaha (Operasi) MAIS; Tuan Haji Shah Ruddin Haji Abd Hamid, Pengarah Ekonomi MAIS serta Pengurusan Bahagian Ekonomi dan Kewangan MAIS.

Add Your Heading Text Here

MAIS | Majlis Agama Islam Selangor