PROGRAM TAFAQQUH FIDDIN SIRI 3/2024 PUSAT PENGURUSAN PENGISLAMAN (PPP) MAIS
PROGRAM TAFAQQUH FIDDIN SIRI 3/2024 PUSAT PENGURUSAN PENGISLAMAN (PPP) MAIS
KLANG 17 Ogos – Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) melalui Bahagian Pendaftaran Muallaf dan Pembangunan PIBK menganjurkan Program Tafaqquh Fiddin Siri 3/2024 kepada pegawai-pegawai yang bertanggungjawab menguruskan pengislaman sebanyak 41 Pusat Pengurusan Pengislaman (PPP) MAIS yang terdiri daripada Baitulmal Daerah, Pertubuhan Islam Bukan Kerajaan (PIBK) dan masjid.
Seramai 50 orang pegawai terlibat dalam program ini yang bertujuan membincangkan beberapa isu terutama fiqh pengurusan Muallaf.
Antara objektif program ini adalah untuk mengupas dan membincangkan beberapa isu kontemporari berkaitan dengan muallaf di samping dapat menyeragamkan penyampaian maklumat kepada muallaf mengenai asas kefahaman Islam semasa proses awal pengislaman.
Selain itu, program ini juga dapat menyatukan hati, pemikiran dan matlamat utama di kalangan pegawai dari PPP dalam pengurusan muallaf di negeri Selangor.
Pengisian program Tafaqquh Fiddin siri ke 3/2024 kali ini disampaikan oleh Ustaz Haji Muhammad Fitri Bin Abdullah, Naib Yang Dipertua PERKIM, Pengerusi PERKIM Negeri Selangor dengan tajuk “Muallaf dan Akidah”.
Program ini juga dapat menambah pengetahuan Islam serta mampu membantu dan membimbing muallaf-muallaf agar dapat mengenal Islam dengan lebih dekat lagi. Penyertaan serta komitmen PPP MAIS dalam program ini amatlah penting untuk membantu MAIS dalam menyantuni muallaf terutama semasa proses awal pengislaman mereka.
Para peserta rata-ratanya berpuas hati dengan pengisian program dan memuji MAIS kerana sentiasa menyantuni muallaf dan berharap program ini dapat diteruskan di masa akan datang.
Putra Heights – Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) hari ini...
SHAH ALAM, 11 April – Seramai 73 pelajar dari Fakulti...
SABAK BERNAM, 10 April 2025 – Pengerusi Majlis Agama Islam...
PUTRA HEIGHTS, 6 APRIL-Pengerusi MAIS, Yang Amat Dihormati Dato’ Setia...
PENGERUSI MAIS TURUT IRINGI YANG DI-PERTUAN AGONG MENYANTUNI MANGSA KEBAKARAN PAIP GAS PUTRA HEIGHTS
SUBANG JAYA, 5 April – Senator Dato’ Setia Haji Salehuddin...