MESYUARAT JAWATANKUASA MENANGANI GEJALA SOSIAL DAN LAWATAN PENANDA ARAS
MESYUARAT JAWATANKUASA MENANGANI GEJALA SOSIAL DAN LAWATAN PENANDA ARAS
SABAK BERNAM, 14 Ogos – Pusat Perlindungan Wanita Baitul Ehsan, Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) telah menerima kunjungan dari Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) bagi mengadakan Mesyuarat Jawatankuasa Kerja Menangani Gejala Sosial dan Lawatan Penanda Aras bersama Majlis Agama Islam Negeri dan Jabatan Agama Islam Negeri.
Hasil keputusan Mesyuarat Jawatankuasa Kerja Menangani Gejala Sosial Bil.1 baru-baru ini telah bersetuju untuk menjadikan Negeri Selangor sebagai tuan rumah bagi mesyuarat selanjutnya. Pusat Perlindungan Wanita Baitul Ehsan Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) menjadi pilihan bagi pelaksanaan mesyuarat sekaligus membuat lawatan penanda aras bagi memahami prosedur pengoperasian di peringkat negeri Selangor.
Mesyuarat dipengerusikan oleh Dr. Ruslan Said, Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) JAKIM. Ahli mesyuarat yang hadir adalah seramai 45 orang terdiri daripada Majlis Agama Islam Negeri (MAIN) dan Jabatan Agama Islam Negeri (JAIN) dari setiap negeri serta urusetia JAKIM.
Pihak MAIS diketuai oleh Dr. Hjh Norraini Nordin, Pengarah Pembangunan Sosial mengalu-alukan kehadiran ahli mesyuarat dan sesi taklimat berkaitan Baitul Ehsan dan Rumah Pemulihan Majlis telah disampaikan oleh En. Fadzirul Akmal Bin Mohd Sharif , Ketua Bahagian Pemulian Al-Riqab.
Ahli mesyuarat turut melawat sekitar Pusat Perlindungan Wanita Baitul Ehsan(MAIS) serta diperkenalkan produk-produk yang telah dibuat oleh pelatih semasa menjalani pemulihan dan perlindungan di sini.
Putra Heights – Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) hari ini...
SHAH ALAM, 11 April – Seramai 73 pelajar dari Fakulti...
SABAK BERNAM, 10 April 2025 – Pengerusi Majlis Agama Islam...
PUTRA HEIGHTS, 6 APRIL-Pengerusi MAIS, Yang Amat Dihormati Dato’ Setia...
PENGERUSI MAIS TURUT IRINGI YANG DI-PERTUAN AGONG MENYANTUNI MANGSA KEBAKARAN PAIP GAS PUTRA HEIGHTS
SUBANG JAYA, 5 April – Senator Dato’ Setia Haji Salehuddin...