PUSAT PERLINDUNGAN WANITA BAITUL EHSAN TERIMA LAWATAN SAHABAT HOSPITAL SELANGOR
PUSAT PERLINDUNGAN WANITA BAITUL EHSAN TERIMA LAWATAN SAHABAT HOSPITAL SELANGOR
Sabak Bernam, 15 Ogos – Pusat Perlindungan Wanita Baitul Ehsan, Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) telah menerima kunjungan dari Sahabat Hospital Selangor (Kuala Langat) bagi mengadakan lawatan sambil belajar di sini.
Delegasi lawatan seramai 30 orang diketuai oleh Tuan Haji Harun Ibrahim, Pengerusi Sahabat Hospital Selangor (Kuala Langat) disambut mesra oleh Puan Noor Huda Tajudin, Pegawai Psikologi, Pusat Perlindungan Wanita Baitul Ehsan (MAIS) dan seterusnya menyampaikan taklimat berkaitan Baitul Ehsan dan Rumah Pemulihan Majlis (RPM).
Lawatan ini bertujuan untuk mendapatkan maklumat berhubung Rumah Pemulihan Majlis (RPM) terutama berkaitan prosedur dan operasi di sini.
Delegasi lawatan turut melawat sekitar Pusat Perlindungan Wanita Baitul Ehsan dan produk-produk yang telah dibuat oleh pelatih semasa menjalani pemulihan dan perlindungan di sini.
Turut hadir Ybhg. Datuk Zurihan Bin Yusof, Pengerusi Pembinaan Kompleks Baituzzahrah iaitu Rumah Kebajikan Perlindungan Mangsa Keganasan Rumah Tangga yang terletak di Kuala Langat.
SHAH ALAM 20 April-YAD Senator Dato Setia Haji Salehuddin bin...
Shah Alam, 19 April – Majlis Agama Islam Selangor (MAIS)...
SERENDAH, 18 April – Program turun padang Pengerusi Majlis Agama...
SHAH ALAM, 15 April – Majlis Agama Islam Selangor (MAIS)...
Putra Heights – Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) hari ini...