SEMINAR RIQAB NEGERI SELANGOR 2024
SEMINAR RIQAB NEGERI SELANGOR 2024
KLANG, 21 Ogos – Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) melalui Bahagian Pemulihan Ar-Riqab telah mengadakan Seminar Riqab Negeri Selangor 2024 bertujuan bagi memberi perkongsian informasi dan pengalaman kepada rakan sinergi seperti Majlis Agama Islam Negeri, Jabatan Agama Islam Negeri, Pegawai Tadbir Agama, Ketua Kampung, Penghulu dan Nazir Masjid Negeri Selangor mengenai Asnaf Riqab.
Program selama sehari ini melibatkan seramai 260 orang peserta dikalangan Pegawai Tadbir Agama, Ketua Kampung, Penghulu, Nazir Masjid, wakil wakil Majlis dan Jabatan Agama Islam Negeri.
Seminar ini melibatkan pembentangan yang bertajuk “Tugas dan Peranan Agensi Dalam Menangani Isu Sosial” daripada 4 panel iaitu Ustaz Abdul Halem Hapiz Salihin, Penolong Mufti Bahagian Fatwa Jabatan Mufti Negeri Selangor (JMNS), Tuan Nazir Mohamad Pengarah Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK), Tuan Haji Azmir Kassim Pengarah Kebajikan Masyarakat Negeri Selangor (JKM) dan Dr Hajah Noraini binti Nordin Pengarah Sektor Pembangunan Sosial, MAIS.
Selain itu program ini juga dapat menjalin kerjasama dengan rakan sinergi dalam melaksanakan proses pemulihan kepada asnaf Riqab dan meningkatkan profesionalisme semua agensi berkaitan dalam mendepani cabaran terutama masalah dadah dan sosial.
Rata-rata peserta yang hadir memuji pihak MAIS dan berharap agar program ini diteruskan di masa akan datang.
Majlis ini dirasmikan oleh Dr Hajah Norzaihan Mohd Zain, Timbalan Setiausaha Operasi, MAIS.
Putra Heights – Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) hari ini...
SHAH ALAM, 11 April – Seramai 73 pelajar dari Fakulti...
SABAK BERNAM, 10 April 2025 – Pengerusi Majlis Agama Islam...
PUTRA HEIGHTS, 6 APRIL-Pengerusi MAIS, Yang Amat Dihormati Dato’ Setia...
PENGERUSI MAIS TURUT IRINGI YANG DI-PERTUAN AGONG MENYANTUNI MANGSA KEBAKARAN PAIP GAS PUTRA HEIGHTS
SUBANG JAYA, 5 April – Senator Dato’ Setia Haji Salehuddin...