20 MAHASISWA DAN MAHASISWI UIN SUNAN KALIJAGA YOGYAKARTA, INDONESIA TIMBA PENGALAMAN DI MAIS

20 MAHASISWA DAN MAHASISWI UIN SUNAN KALIJAGA YOGYAKARTA, INDONESIA TIMBA PENGALAMAN DI MAIS

455971904 885511710160696 1397754562655975942 n
SHAH ALAM, 22 Ogos – Seramai 20 orang mahasiswa dan mahasiswi dari Fakultas Syariah dan Hukum, Universitas Islam Negeri (UIN) Sunan Kalijaga Yogyakarta, Indonesia hadir ke Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) bagi menimba pengalaman dan pengetahuan berkaitan pengurusan MAIS ke atas harta orang Islam di Selangor.
 
Rombongan lawatan diketuai oleh Dr. Miski M. Sos, Wakil Dekan II UIN disambut mesra oleh Ustaz Indera Shahril Mohd Shahid, Pengarah Baitulmal MAIS.
 
Antara lain dalam lawatan bertujuan menimba pengalaman dan kefahaman berhubung pengurusan harta baitulmal yang meliputi zakat, wakaf dan sumber am.
 
Dalam perkembangan yang sama, Ustaz Indera turut memberi pendedahan kepada pelajar-pelajar berkaitan perkhidmatan perancangan dan pewarisan harta iaitu wasiat, hibah, pengamanahan dan harta pusaka yang disediakan oleh MAIS.
 
“Semoga perkongsian dan pengalaman ini dijadikan panduan kepada pelajar-pelajar dalam menimba ilmu pengetahuan khususnya dalam pengurusan kehartaan orang Islam”, katanya.
Sementara itu Dr Miski berkata, beliau mengucapkan terima kasih kepada MAIS atas kesudian menerima lawatan dan berharap agar para mahasiswa dan mahasiswi dapat menggunakan segala pengalaman dan pengetahuan yang diperolehi.
 
Hadir sama dalam lawatan tersebut ialah Dr Mohd Zaidi Daud, Pensyarah Jabatan Syariah dan Undang-Undang, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya sebagai pegawai pengiring dan pegawai-pegawai daripada Sektor Baitulmal MAIS iaitu Ustaz Mohd Romzi Abdullah Sani, Ketua Bahagian Harta Baitulmal dan Ustaz Mohammad Salleh Abdul Saha, Ketua Bahagian Dakwah & Pemasaran MAIS.
 

Add Your Heading Text Here

MAIS | Majlis Agama Islam Selangor