AIS TERIMA LAWATAN PERTUBUHAN PERUNDING DAN PENGAMAL FARAID MALAYSIA

AIS TERIMA LAWATAN PERTUBUHAN PERUNDING DAN PENGAMAL FARAID MALAYSIA

456532803 886012330110634 6708067377975045645 n
SHAH ALAM, 22 Ogos – Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) melalui Sektor Baitulmal hari ini, menerima lawatan dari Pertubuhan Perunding Dan Pengamal Faraid Malaysia (PPFM).
 
Delegasi yang diwakili seramai 5 orang pegawai dan diketuai oleh Datuk Seri Dr Mohd Azhar Yahaya, Pengerusi PPFM bertujuan untuk memperkenalkan pertubuhan di samping mendapatkan khidmat nasihat dan kerjasama berkaitan pengurusan harta pusaka.
 
Dr Haji Ahmad Shahir Makhtar, Setiausaha MAIS mengalu-alukan kehadiran delegasi PPFM dan seterusnya mempengerusikan lawatan.
 
Dalam perkembangan yang sama, Datuk Seri Dr Mohd Azhar berkongsi maklumat penubuhan PPFM dan turut diadakan sesi soal jawab serta bertukar pandangan terutama pengurusan harta pusaka.
 
Turut hadir dalam perbincangan adalah Ketua Bahagian dan Pegawai yang terlibat secara langsung dalam pelaksanaan pengurusan pusaka di MAIS.
 
Semoga jalinan kerjasama ini dapat mengeratkan hubungan dua hala diantara MAIS dan PPFM.
 
Rancang & urus pembahagian harta anda bersama kami di Baitulmal MAIS. Sila layari pautan dibawah untuk permohonan wasiat atau hibah dengan lebih mudah dan pantas secara atas talian :
Info lanjut, sila layari:
 

Add Your Heading Text Here

MAIS | Majlis Agama Islam Selangor