MAIS TERLIBAT DALAM MESYUARAT TASKFORCE JAWATANKUASA PEMERKASAAN GOVERNAN HARTA ORANG ISLAM (KAEDAH-KAEDAH PENTADBIRAN UNDANG-UNDANG ISLAM (WASIAT ORANG ISLAM) (WILAYAH-WILAYAH PERSEKUTUAN) 202X) BIL. 1/2024
MAIS TERLIBAT DALAM MESYUARAT TASKFORCE JAWATANKUASA PEMERKASAAN GOVERNAN HARTA ORANG ISLAM (KAEDAH-KAEDAH PENTADBIRAN UNDANG-UNDANG ISLAM (WASIAT ORANG ISLAM) (WILAYAH-WILAYAH PERSEKUTUAN) 202X) BIL. 1/2024
MELAKA, 12 Ogos-Pada 9 hingga 11 Ogos 2024 yang lalu, Bahagian Undang-Undang JAKIM telah mengadakan Mesyuarat Jawatankuasa Taskforce Pemerkasaan Governan Harta Orang Islam (Kaedah-Kaedah Pentadbiran Undang-Undang Islam (Wasiat Orang Islam) (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 202x) Bil. 1/2024 bertempat di Hotel Imperial Heritage, Melaka.
Â
MAIS melalui Pengarah Baitulmal, Ust. Indera Shahril bin Mohd Shahid telah dilantik sebagai salah seorang ahli jawatankuasa taskforce tersebut selain daripada pakar-pakar dalam kalangan ahli akademik dan panel-panel jemputan lain daripada agensi-agensi yang berkaitan.
Â
Agensi-agensi yang terlibat adalah Jabatan Peguam Negara, Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia, Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan, Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang Jabatan Perdana Menteri dan Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan.
Â
Mesyuarat ini diadakan untuk memuktamadkan draf undang-undang wasiat orang Islam Wilayah Persekutuan susulan dua mesyuarat awalan yang telah diadakan sebelum ini.
Â
Sejak tahun 2000, usaha telah dimulakan untuk mewujudkan undang-undang wasiat orang Islam susulan negeri Selangor telah terlebih dahulu menggubal Enakmen Wasiat Orang Islam (Negeri Selangor) 1999.
Â
Perkara berkenaan wasiat orang Islam adalah termasuk di bawah bidang kuasa negeri. Sehingga kini, sebanyak 7 buah negeri telah mempunyai undang-undang wasiat orang Islam tersendiri iaitu Selangor (1999), Negeri Sembilan (2004), Melaka (2005), Kelantan (2009), Pahang (2017), Sabah (2018) dan terbaru Perak (2023).
Â
Semoga dengan wujudnya undang-undang wasiat orang Islam di Wilayah Persekutuan akan merancakkan lagi industri perancangan harta dan menarik minat umat Islam untuk melaksanakan wasiat.
Â
Â
Â
Â
Â
Putra Heights – Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) hari ini...
SHAH ALAM, 11 April – Seramai 73 pelajar dari Fakulti...
SABAK BERNAM, 10 April 2025 – Pengerusi Majlis Agama Islam...
PUTRA HEIGHTS, 6 APRIL-Pengerusi MAIS, Yang Amat Dihormati Dato’ Setia...
PENGERUSI MAIS TURUT IRINGI YANG DI-PERTUAN AGONG MENYANTUNI MANGSA KEBAKARAN PAIP GAS PUTRA HEIGHTS
SUBANG JAYA, 5 April – Senator Dato’ Setia Haji Salehuddin...