KHIDMAT KAUNTER BAITULMAL MAIS DI PROGRAM FORUM PENCEGAHAN JENAYAH DARI PERSPEKTIF AGAMA

KHIDMAT KAUNTER BAITULMAL MAIS DI PROGRAM FORUM PENCEGAHAN JENAYAH DARI PERSPEKTIF AGAMA

453537649 876595187835350 1469105859518035808 n
HULU SELANGOR, 25 Julai – Pihak MAIS melalui Sektor Baitulmal Daerah Hulu Selangor telah membuka 1 Kaunter Perkhidmatan Baitulmal didalam sebuah Program Forum Pencegahan Jenayah Dari Perspektif Agama di Masjid Bandar Utama Batangkali.
 
Program ini telah dirasmikan oleh Timbalan Ketua Polis Negara, YDH DIG Datuk Seri Ayub Khan Mydin Pitchay, dihadiri juga oleh pegawai-pegawai dan anggota-anggota polis.
 
Kaunter Perkhidmatan Baitulmal dikendalikan oleh Ustaz Sharul Razie bin Abdul Majid dan dibantu oleh Puan Norsyarizan binti Mohd Rasid dan Puan Siti Nazifa binti Ismail.
 
Sambutan yang menggalakkan diterima daripada para hadirin yang hadir dalam program ini untuk bertanya berkenaan Pengurusan Harta.
 
Semoga dengan pembukaan kaunter ini dapat membantu memberi pendedahan dan kesedaran kepada hadirin yang hadir dalam hal-hal pengurusan harta Islam dengan baik dan menjadikan MAIS sebagai rujukan utama.
 
Info lanjut, sila layari:
 

Add Your Heading Text Here

MAIS | Majlis Agama Islam Selangor