HARI BERSAMA BAITULMAL MAIS DI KARNIVAL CINTA MASJID SEMPENA SAMBUTAN MAAL HIJRAH & SAMBUTAN ULANG TAHUN KE 20 MASJID KHAIRIYAH, TAMAN SRI GOMBAK.

HARI BERSAMA BAITULMAL MAIS DI KARNIVAL CINTA MASJID SEMPENA SAMBUTAN MAAL HIJRAH & SAMBUTAN ULANG TAHUN KE 20 MASJID KHAIRIYAH, TAMAN SRI GOMBAK.

452594248 871930768301792 916799483535101317 n
GOMBAK, 22 Julai – Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) melalui Unit Baitulmal Daerah Gombak telah dijemput ke Karnival Cinta Masjid oleh pihak pengurusan Masjid Al Khairiyyah, Taman Sri Gombak bagi membuka kaunter perkhidmatan baitulmal, berkaitan runding cara faraid, hibah dan wasiat. Karnival tersebut telah diadakan selama tiga hari bermula pada 19-21 Julai 2024.
 
Pelbagai pengisian menarik telah dikendalikan oleh pihak Masjid pada hari pertama sesi kaunter dibuka antaranya ialah sesi kuliah dhuha bersama mantan Menteri Hal Ehwal Agama & mantan mufti Wilayah Persekutuan, Dato’ Dr Zulkifli Al Bakri. Seterusnya kuliah jumaat berkaitan Wakaf oleh pegawai dari Perbadanan Wakaf Selangor, dan juga pelancaran Majlis Karnival Cinta Masjid dan 2 Dekad yang telah disempurnakan oleh Menteri Besar Selangor, Y.A.B Dato’ Seri Amirudin Shari.
 
Antara pengisian lain yang menarik perhatian ialah rakaman Astro Tazkirah Malam Jumaat sempena sambutan Maal Hijrah yang dimeriahkan oleh kehadiran pendakwah selebriti.
 
Semoga dengan perkhidmatan kaunter baitulmal ini dapat membantu memberi pendedahan dan kesedaran kepada jemaah yang hadir dalam hal-hal pengurusan harta Islam dengan baik dan menjadikan MAIS sebagai rujukan utama.
 
Rancang dan urus pembahagian harta anda bersama kami di baitulmal MAIS. Sila layari pautan dibawah untuk permohonan wasiat atau hibah dengan lebih mudah dan pantas secara atas talian:
 
Info lanjut, sila layari:

Add Your Heading Text Here

MAIS | Majlis Agama Islam Selangor