MAIS & AADK TERUS JALIN KERJASAMA KENDALI PUSAT PEMULIHAN

MAIS & AADK TERUS JALIN KERJASAMA KENDALI PUSAT PEMULIHAN

451954163 864020438976490 7513533824973513070 n 1 1
Shah Alam, 19 Julai – Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) meneruskan jalinan kerjasama dengan Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) bagi mengendalikan pusat pemulihan penagih dadah yang menghidap HIV/AIDS.
 
Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman antara MAIS dan AADK telah diadakan hari ini bertujuan bagi meneruskan kesinambungan sinergi kerjasama dari segi pelaksanaan pengurusan dan operasi Pusat Pemulihan Baitul Islah MAIS & AADK.
 
MOU ini telah ditandatangani oleh Dr Haji Ahmad Shahir Makhtar, Setiausaha MAIS disaksikan oleh Dr Hajah Norraini Nordin, Pengarah Pembangunan Sosial MAIS bersama Puan Shobah Jamil, Timbalan Ketua Pengarah (Pengurusan) AADK disaksikan oleh Puan Siti Mariam Mursidan, Pengarah Bahagian Rawatan, Perubatan dan Pemulihan AADK.
 
Memorandum persefahaman ini merupakan MOU yang melibatkan kerjasama MAIS dengan AADK bagi mengendalikan Pusat Pemulihan Baitul Islah MAIS & AADK iaitu pusat yang menawarkan perkhidmatan pemulihan, rawatan dan perlindungan bagi penagih-penagih dadah yang hidup dengan HIV/AIDS.
 
Sebelum ini, MOU antara MAIS dan AADK yang pertama telah termeterai pada 18 Disember 2017 yang dilaksanakan dalam tempoh 5 Tahun.
 
Pusat Pemulihan Baitul Islah MAIS & AADK menawarkan perkhidmatan pemulihan, rawatan serta perlindungan di Serendah, Hulu Selangor dan mula beroperasi pada Januari 2018. Sehingga Julai 2024, seramai 26 orang pelatih dirawat di pusat ini.
 
Pada tahun ini, MAIS memperuntukkan bajet pengoperasian menggunakan dana zakat asnaf riqab sebanyak RM1.6 juta merangkumi bayaran emolumen pengurusan pentadbiran dan pengurusan operasi Pusat Pemulihan Baitul Islah MAIS & AADK.
 
MAIS berharap MOU hari ini dapat melancarkan pengurusan dan operasi di Pusat Pemulihan Baitul Islah MAIS & AADK dan seterusnya menjadikan Baitul Islah sebagai pusat rujukan dalam proses pemulihan, perlindungan dan rawatan kepada penagih dadah yang menghidap penyakit HIV/AIDS dengan fasiliti yang lengkap dan kukuh.
 

Add Your Heading Text Here

MAIS | Majlis Agama Islam Selangor