PENGERUSI MAIS RASMI KARNIVAL FITRAH ORANG ASLI DAN KARNIVAL FITRAH KASIH

PENGERUSI MAIS RASMI KARNIVAL FITRAH ORANG ASLI DAN KARNIVAL FITRAH KASIH

450190144 858880802823787 2497514423936678456 n 1
SEPANG, 10 Julai – Pengerusi MAIS, Tan Sri Dato’ Seri Abdul Aziz Mohd Yusof telah merasmikan program Karnival Fitrah Murid Orang Asli (KAFOA) dan Karnival Fitrah Kasih Murid Sekolah Jenis Kebangsaan (KAFIKA) Peringkat Negeri Selangor di sini hari ini.
 
Program yang dianjurkan oleh Jabatan Pendidikan Negeri Selangor merupakan kerjasama di antara Pejabat Pendidikan Daerah Sepang dan Maahad Tahfiz Kiblah Kg Jenderam Hulu, Sepang.
 
Program yang diadakan merupakan pertandingan keagamaan untuk mencungkil bakat pelajar-pelajar sekolah dalam melahirkan generasi yang berilmu yang berpegang teguh kepada ajaran agama.
 
Pertandingan ini melibatkan seramai 111 orang peserta dikalangan pelajar-pelajar orang asli dan pelajar-pelajar muslim di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina dan Tamil.
 
Antara acara yang dipertandingkan ialah Tilawah Al-Quran, Hafazan Al-Quran, Daie Cilik, Azan dan Iqamah serta Acara Nasyid.
 
Pengerusi MAIS dalam ucapannya berkata, beliau berharap agar murid-murid sekolah dapat mengamalkan dan menghayati Islam secara addin dan seterusnya menjadi insan yang cemerlang di dunia dan di akhirat.
 
Turut hadir ialah Tan Sri Dato’ Hashim Meon, Anggota Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) & Pengerusi Kumpulan Pendidikan Kiblah dan Tuan Haji Shopuan Anuar Ahmad, Ketua Penolong Pengarah Kanan, Sektor Pendidikan Islam Jabatan Pendidikan Negeri Selangor mewakili Pengarah Pendidikan JPN Selangor.

Add Your Heading Text Here

MAIS | Majlis Agama Islam Selangor