MAIS ADAKAN LAWATAN KE UITM

MAIS ADAKAN LAWATAN KE UITM

450793869 861737942538073 4873313508782396352 n 1
SHAH ALAM, 15 Julai-Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) mengadakan lawatan ke UiTM Shah Alam bagi menyelusuri peluang kerjasama bagi meluaskan agihan fidyah kepada pelajar yang kurang berkemampuan.
 
Delegasi MAIS seramai 10 orang diketuai oleh Setiausaha MAIS, Dr. Hj Ahmad Shahir Makhtar, disambut baik oleh Timbalan Naib Canselor, HEP, UiTM, Prof. Dr. Hj. Mohd Sazili Shahibi.
 
Profesor Madya Dr. Badrul Isa, Timbalan Rektor Hal Ehwal Pelajar, UiTM Selangor dalam ucapannya menzahirkan rasa teruja dan penghargaan atas hasrat kerjasama MAIS untuk membantu maslahah pelajar di UiTM.
 
Antara program yang boleh dimanfaatkan bagi manfaat kotak agihan fidyah ini adalah Dapur HEP Kolej-kolej Kediaman.
 
Turut hadir ialah Dr. Hajah Norraini Nordin, Pengarah Pembangunan Sosial MAIS, Encik Zaharuddin Kadiron, Pengarah Bahagian Teknologi Maklumat MAIS dan Pengetua kolej-kolej kediaman UiTM Shah Alam serta Kolej UiTM Puncak Alam.
 

Add Your Heading Text Here

MAIS | Majlis Agama Islam Selangor