MAIS BUKA KLINIK GUAMAN SYARIE SECARA PERCUMA
MAIS BUKA KLINIK GUAMAN SYARIE SECARA PERCUMA

Hulu Langat, 13 Jun – Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) melalui Bahagian Undang-Undang Syariah membuka kaunter Klinik Guaman Syarie MAIS secara percuma kepada pelanggan-pelanggan yang hadir di Mahkamah Rendah Syariah (MRS) Hulu Langat di sini hari ini.
Â
Klinik Guaman Syarie MAIS dibuka secara percuma bertujuan untuk memberi pendedahan kepada orang ramai yang ingin mendapatkan khidmat nasihat perundangan syariah.
Â
Selain MRS Hulu Langat, MAIS akan membuka kaunter Klinik Guaman Syarie di beberapa lokasi yang ditetapkan iaitu MRS Klang (26.6.2024); MRS Hulu Selangor (27.6.2024); MRS Kuala Selangor (11.7.2024); MRS Petaling (16.7.2024); MRS Kuala Langat (22.7.2024); MRS Sabak Bernam (24.7.2024); MRS Sepang (25.7.2024).
Â
Selain itu pada bulan Ogos dan September iaitu MRS Gombak Timur (7.8.2024); MRS Gombak Barat (12.8.2024); MRS Shah Alam (29.8.2024) dan MRS Ampang (30.9.2024).
Â
Orang ramai boleh mendapatkan khidmat nasihat perundangan syariah secara PERCUMA dari Bahagian Undang-Undang Syariah MAIS seperti waktu dan tarikh yang tertera (poster).
Â
Kuala Langat – Program turun padang Pengerusi Majlis Agama Islam...
SHAH ALAM, 29 Mei – Duli Yang Maha Mulia Sultan...
SABAK BERNAM, 27 Mei – Majlis Agama Islam Selangor (MAIS)...
SABAK BERNAM, 27 Mei – Majlis Agama Islam Selangor (MAIS)...
SHAH ALAM, 24 Mei 2025 – Pengerusi Majlis Agama Islam...