BAITUL IMAN MAIS TERIMA LAWATAN MUIP DAN KKM PAHANG
BAITUL IMAN MAIS TERIMA LAWATAN MUIP DAN KKM PAHANG

Hulu Selangor, 6 Jun – Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) melalui Pusat Pemurnian Akidah Baitul Iman, menerima lawatan dari Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP) dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) Negeri Pahang bertujuan untuk melihat operasi pemulihan, rawatan dan perlindungan yang dijalankan di Pusat Pemurnian Akidah Baitul Iman.
Â
Delegasi lawatan seramai 13 orang pegawai diketuai oleh Tuan Mohd Redza Mohd Ayob, Ketua Unit Pengurusan Penempatan Asnaf, Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP) disambut mesra oleh Puan Mazlina Osman MAIS, Penguasa Baitul Iman dan pegawai MAIS yang hadir.
Â
Antara lain ialah perkongsian taklimat ringkas Operasi Baitul Iman yang disampaikan oleh Penguasa Baitul Iman.
Â
Delegasi lawatan turut melawat sekitar Pusat Pemurnian Akidah Baitul Iman yang terletak di Hulu Yam Bharu, Selangor.
Â
Pihak MUIP dan KKM Negeri Pahang mengucapkan terima kasih kepada MAIS atas layanan dan kerjasama yang diberikan. Semoga lawatan ini dapat mengeratkan hubungan baik antara MAIS dengan MUIP dan KKM Negeri Pahang.
Â
Kuala Langat – Program turun padang Pengerusi Majlis Agama Islam...
SHAH ALAM, 29 Mei – Duli Yang Maha Mulia Sultan...
SABAK BERNAM, 27 Mei – Majlis Agama Islam Selangor (MAIS)...
SABAK BERNAM, 27 Mei – Majlis Agama Islam Selangor (MAIS)...
SHAH ALAM, 24 Mei 2025 – Pengerusi Majlis Agama Islam...