KURSUS TAFAQQUH FIDDIN: PEMANTAPAN KEMAHIRAN DAN PROFESIONALISME GURU PEMBIMBING RIQAB SIRI 1/2024

KURSUS TAFAQQUH FIDDIN: PEMANTAPAN KEMAHIRAN DAN PROFESIONALISME GURU PEMBIMBING RIQAB SIRI 1/2024

444502704 833792511999283 3437847330433087218 n
PELABUHAN KLANG, 26 Mei – Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) melalui Bahagian Pemulihan Al Riqab menganjurkan Kursus Tafaqquh Fiddin: Pemantapan Kemahiran dan Profesionalisme Guru Pembimbing Riqab Siri 2/2024 pada 24-26 Mei 2024 yang lalu bertempat di Hotel Crystal Crown Harbour View Pelabuhan Klang.
 
Kursus yang diadakan bertujuan memantapkan kaedah dan kemahiran Guru Pembimbing Riqab dalam membimbing asnaf riqab supaya kembali ke jalan yang diredhai Allah SWT. Selain itu, kursus ini juga bertujuan menambahkan lagi ilmu pengetahuan para terutama Ilmu Fardu Ain, Feqah dan Tauhid. Di samping itu, kursus ini juga memberi pendedahan berkaitan kaedah kerja berpasukan bagi memperkukuhkan profesionalisme Guru Pembimbing Riqab.
 
Seramai 58 orang peserta dikalangan Guru Pembimbing Riqab telah hadir mengikuti kursus yang dijalankan dengan kerjasama perunding Intelek Gemilang Management & Services.
 
Mereka adalah Guru Pembimbing Riqab yang ditempatkan untuk kelas bimbingan asnaf riqab di Rumah Pemulihan Riqab, Rumah Pemulihan Majlis iaitu Baitul Ehsan Dan Baitul Islah, Serendah dan kelas bagi klien AADK seluruh daerah dalam Negeri Selangor.
 
Penceramah yang terlibat dalam program ini adalah Muhammad Zulazizi Mohamed Zaidi, Penceramah bebas, Ustaz Muhammad Hanafi Mohammed Zaidi, Imam Masjid Al Khasyi’in Kuala Lumpur dan Ustaz Umar Watson Tading, Ahli Panel Penasihatan Istitabah Selangor dan fasilitator bertauliah.
 
Selain itu, para peserta juga didedahkan dengan aktiviti berkumpulan bagi memupuk semangat kerjasama kerjasama dan sesi perkongsian sesama ahli bagi memberi peluang kepada mereka untuk bertukar-tukar pendapat dan idea.
 
Perasmian penutup disempurnakan oleh Dr Norraini Nordin, Pengarah Sektor Pembangunan Sosial MAIS. Dalam ucapannya, beliau memuji komitmen yang dijtunjukkan guru-guru pembimbing riqab yang tanpa jemu mengikuti program dan kursus yang dianjurkan oleh MAIS.
 
Beliau juga berharap agar guru-guru ini sentiasa Istiqamah dalam menjalankan tugas sebagai seorang Guru Pembimbing dalam usaha membimbing asnaf riqab untuk kembali ke jalan yang diredhai.
Para peserta rata-ratanya berpuas hati dengan pengisian program dan memuji pihak MAIS kerana sentiasa menghargai usaha mereka dalam menyebarkan dakwah dan membimbing Asnaf Riqab di seluruh Selangor.
 

Add Your Heading Text Here

MAIS | Majlis Agama Islam Selangor