104 PEGAWAI LANTIKAN BAHARU JAKIM TERIMA PENDEDAHAN FUNGSI DAN PERANAN MAIS, JHEIS, AGENSI DAN ANAK SYARIKAT
104 PEGAWAI LANTIKAN BAHARU JAKIM TERIMA PENDEDAHAN FUNGSI DAN PERANAN MAIS, JHEIS, AGENSI DAN ANAK SYARIKAT
SHAH ALAM, 14 Mei – Seramai 104 pegawai lantikan baharu Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) telah menerima pendedahan fungsi dan peranan Majlis Agama Islam Selangor (MAIS), Jabatan-Jabatan Hal Ehwal Islam Selangor, agensi dan anak syarikat di sini hari ini.
Rombongan lawatan dikelolakan oleh Institut Latihan Islam Selangor (ILIM), JAKIM diketuai oleh Puan Nor Safina Zainal, Pengarah Kanan ILIM disambut mesra oleh Dr Haji Ahmad Shahir Makhtar, Setiausaha MAIS.
Antara lain, program lawatan ini merupakan salah satu kursus Kompentensi Teras Utama yang diwajibkan kepada pegawai baru lantikan JAKIM sebagai sebahagian syarat bagi tujuan pengesahan perkhidmatan dan salah satunya adalah program lawatan ke MAIS.
Dalam perkembangan yang sama, Encik Ahmad Helmi Rahmat@Abd Shukor, Ketua Bahagian Tadbir Urus Korporat MAIS menyampaikan taklimat berkaitan fungsi dan peranan MAIS, JHEIS, agensi dan anak syarikat.
Semoga perkongsian dan pengalaman ini dijadikan panduan kepada pegawai-pegawai baru lantikan JAKIM dalam menimba ilmu pengetahuan khususnya pengurusan agensi agama Islam Selangor.
Hadir sama mewakili MAIS ialah YAD Dato Setia Dr Haji Anhar Haji Opir, Dato Mufti Selangor; Puan Salwana Ahmad Dahalan, Timbalan Pengarah Operasi JAIS dan wakil pegawai-pegawai JHEIS, agensi dan anak syarikat MAIS.
Shah Alam, 6 Feb – Program Coffee Talk diadakan antara...
KUALA LUMPUR, 4 Februari- Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) melalui...
Peruntukan mengenai punca kuasa Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) ke...
SHAH ALAM, 25 Januari – Majlis Agama Islam Selangor (MAIS)...
Shah Alam, 23 Januari – Majlis Agama Islam Selangor (MAIS)...