PROGRAM PERKADERAN ASNAF RIQAB 2024 ANJURAN BAHAGIAN PEMULIHAN AL RIQAB MAJLIS AGAMA ISLAM SELANGOR

PROGRAM PERKADERAN ASNAF RIQAB 2024 ANJURAN BAHAGIAN PEMULIHAN AL RIQAB MAJLIS AGAMA ISLAM SELANGOR

436401704 823970306314837 8140420957914475011 n
PELABUHAN KLANG, 12 Mei- Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) melalui Bahagian Pemulihan Al Riqab menganjurkan Program Perkaderan Asnaf Riqab Tahun 2024 pada 10-12 Mei 2024 yang lalu bertempat di Hotel Crystal Crown Harbour View Pelabuhan Klang.
 
Program ini dijalankan bertujuan menjadikan Islam sebagai teras dalam membimbing rakan komuniti yang lain untuk kembali ke pangkal jalan.
 
Selain itu, program ini juga memfokuskan kepada latihan kepada para asnaf riqab supaya lebih berkemahiran dan kompeten dalam tanggungjawab sebagai seorang pembimbing.
 
Program ini mendapat kerjasama oleh perunding Teraju Minda Resources yang dihadiri oleh seramai 48 orang peserta di kalangan asnaf riqab.
 
Antara penceramah program ini ialah Muhammad Zulazizi Mohamed Zaidi, Penceramah bebas dan mutawwif; Ustaz Razin Vanan Abdullah, Ahli Panel Penasihatan Istitabah Selangor dan Ustaz Umar Watson Tading, Ahli Panel Penasihatan Istitabah Selangor dan fasilitator bertauliah.
 
Selain itu, para peserta juga didedahkan dengan aktiviti berkumpulan bagi memupuk semangat perpaduan sesama rakan komuniti serta sesi perkongsian sesama ahli bagi memberi peluang kepada mereka untuk bertukar-tukar pendapat dan idea.
 
Perasmian penutup disempurnakan oleh Dr Norraini Nordin, Pengarah Sektor Pembangunan Sosial MAIS.
 
Dalam ucapannya, beliau berharap agar para peserta mengambil peluang program yang disediakan MAIS bagi tujuan aplikasikan dalam kehidupan seharian terutama dalam kerangka kerja-kerja dakwah kepada rakan komuniti yang sedang berhijrah.
 
Beliau juga turut berharap agar peserta menjadi seorang pembimbing yang membimbing rakan komuniti untuk kembali ke jalan yang diredhai.
 
Para peserta rata-ratanya berpuas hati dengan pengisian program dan berharap agar lebih banyak lagi program seperti ini diadakan.
 

Add Your Heading Text Here

MAIS | Majlis Agama Islam Selangor