MAIS MUDAHKAN MASYARAKAT URUS WASIAT & HIBAH

MAIS MUDAHKAN MASYARAKAT URUS WASIAT & HIBAH

438302404 821530099892191 8655386419061619142 n
SHAH ALAM, 9 Mei – Bagi melancarkan dan meluaskan lagi peranan Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) dalam membantu masyarakat berkaitan pengurusan harta terutamanya Wasiat dan Hibah, MAIS telah malantik Perancang Pewarisan Islam (PPI).
 
PPI yang dilantik adalah bertujuan membantu MAIS terutamanya dalam proses pendaftaran perkhidmatan Wasiat dan Hibah yang disediakan. Sehingga bulan April 2024, MAIS telah bekerjasama dengan 70 orang PPI yang berdaftar dan aktif dalam mempromosikan perkhidmatan Wasiat dan Hibah.
 
MAIS amat menggalakkan orang ramai turut mendaftar sebagai sebagai PPI melalui https://siswa.mais.gov.my/register/agent bagi membantu MAIS menyebarluaskan lagi perkhidmatan ini serta mengambil peluang meningkatkan pengetahuan berkaitan pengurusan harta serta menambah pendapatan melaluinya. Sebarang maklumat lanjut boleh menghubungi nombor di talian 03-5514 3772 atau WhatsApp 010251 9556.
 
Bagi menghargai komitmen dan pencapaian PPI bagi tahun 2023, MAIS menyampaikan anugerah kepada lima orang PPI yang dipilih berdasarkan pendaftaran pelanggan tertinggi dalam perkhidmatan Wasiat dan Hibah.
 
Penghargaan berupa sijil dan hadiah iringan disampaikan oleh YAD Tan Sri Dato’ Seri Abdul Aziz Mohd Yusof, Pengerusi MAIS dalam Majlis Jalinan Ukhwah Aidilfitri Bersama Rakan Strategik MAIS Tahun 2024 di sini hari ini.
 
Sementara itu, Majlis Jalinan Ukhwah Aidilfitri Bersama Rakan Strategik anjuran MAIS, disambut meriah dengan kehadiran rakan strategik MAIS sekitar 400 tetamu dari pelbagai organisasi dan agensi bertujuan mengeratkan lagi ukhuwah dan hubungan kerjasama di antara rakan strategik dan rakan korporat MAIS termasuklah Jabatan Hal Ehwal Islam Selangor, agensi dan anak syarikat MAIS, jabatan negeri, pihak berkuasa tempatan dan badan berkanun negeri dan sebagainya.
 
Turut diraikan di majlis ini, 50 orang anak yatim yang berdaftar di bawah Yayasan Islam Darul Ehsan (YIDE) dan masing-masing menerima sumbangan berjumlah RM2,500 bagi memeriahkan lagi sambutan Aidilfitri anak-anak ini.
 

Add Your Heading Text Here

MAIS | Majlis Agama Islam Selangor