MAIS TERIMA KUNJUNGAN JKSM DAN JAKESS

MAIS TERIMA KUNJUNGAN JKSM DAN JAKESS

438223623 817297316982136 4749969565385016984 n
SHAH ALAM, 2 Mei – Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) hari ini menerima kunjungan dari Bahagian Sokongan Keluarga, Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM) dan Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Selangor (JAKESS).
 
Delegasi lawatan seramai 12 orang pegawai diketuai oleh YAA Dato’ Mohammad Adib Bin Husain, Ketua Hakim Syarie JAKESS.
 
Dr Haji Ahmad Shahir, Setiausaha MAIS mengalu-alukan kehadiran delegasi yang hadir bertujuan untuk membincangkan permasalahan berkaitan status suami atau bekas suami yang tidak berkemampuan untuk membayar hutang tunggakan nafkah dalam kes penguatkuasaan dan pelaksanaan perintah nafkah di Mahkamah Syariah termasuk isu mengenai had kifayah di Negeri Selangor.
 
Antara lain pihak JKSM berkongsi maklumat berkaitan latar belakang Bahagian Sokongan Keluarga JKSM dan isu berbangkit dalam penentuan Had Kifayah.
 
Semoga jalinan hubungan ini dapat mengeratkan hubungan yang baik di antara MAIS dengan JKSM dan JAKESS.
 
Hadir sama dalam perbincangan ialah Puan Hajah Norraini Nordin, Pengarah Pembangunan Sosial MAIS; Puan Norlaili Mohamad, Penasihat Undang-Undang MAIS; Ustaz Indera Shahril Mohd Shahid, Pengarah Baitulmal MAIS dan Puan Hajah Noormala Mohd Sa’ad, Ketua Bahagian Komunikasi Korporat MAIS.
 
Turut hadir ialah wakil Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) dan Lembaga Zakat Selangor (LZS).
 

Add Your Heading Text Here

MAIS | Majlis Agama Islam Selangor