BENGKEL PELAN STRATEGIK PERTUBUHAN ISLAM BUKAN KERAJAAN (PIBK) MAIS MENANGANI ANCAMAN ISU SEMASA UMMAH 2020-2024 (SIRI 4)

BENGKEL PELAN STRATEGIK PERTUBUHAN ISLAM BUKAN KERAJAAN (PIBK) MAIS MENANGANI ANCAMAN ISU SEMASA UMMAH 2020-2024 (SIRI 4)

428701865 776993474345854 6670039608686400584 n
SHAH ALAM – Seramai 35 orang ahli dalam dalam kalangan ahli Pertubuhan Islam Bukan Kerajaan (PIBK) telah menyertai Bengkel Pelan Strategik Pertubuhan Islam Bukan Kerajaan (PIBK) MAIS Menangani Ancaman Isu Semasa Ummah 2020 – 2024 (Siri 4) yang dilaksanakan oleh Unit Pembangunan PIBK, Bahagian Pendaftaran Muallaf dan Pembangunan PIBK, MAIS bertempat di Glenmarie Hotel & Golf Resort pada 20 Februari 2024.
 
Program diadakan bertujuan untuk pembacaan dokumentasi Prosedur Tindakan Menangani Isu Ancaman Semasa Akidah dan Sosial di negeri Selangor yang akan digunapakai sebagai panduan dan rujukan oleh pasukan-pasukan bertindak PIBK yang telah disampaikan oleh Puan Hajjah Hafizatulakmal binti Abdul Jalil, Ketua Bahagian Pendaftaran Muallaf dan Pembangunan PIBK.
 
Dalam program yang sama, turut diadakan slot bagi penyediaan kertas kerja program pasukan bertindak yang disampaikan Puan Amirah Addilah binti Mohd Johari, Eksekutif Pembangunan PIBK selain pembentangan TOR pasukan bertindak oleh setiap wakil kumpulan.
 
Diakhir bengkel, Puan Hajjah Hafizatulakmal binti Abdul Jalil mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua ahli peserta yang terlibat dalam bengkel ini. Beliau turut memberikan kata-kata semangat kepada peserta yang bersama-sama bersedia membantu MAIS dan agensi-agensi yang melaksanakan dasar-dasar MAIS dalam mendepani cabaran dalam menangani ancaman isu semasa ummah di negeri Selangor.

Add Your Heading Text Here

MAIS | Majlis Agama Islam Selangor