PEMBUKAAN KAUNTER BAITULMAL DI KARNIVAL JOM KE MASJID DI MASJID AS-SALAM BUKIT SENTOSA
PEMBUKAAN KAUNTER BAITULMAL DI KARNIVAL JOM KE MASJID DI MASJID AS-SALAM BUKIT SENTOSA
18 Februari 2024 – Majlis Agama Islam Selangor melalui Sektor Baitulmal Daerah Hulu Selangor telah diberi peluang untuk membuka Kaunter Perkhidmatan Baitulmal didalam “KARNIVAL JOM KE MASJID” anjuran Masjid As-Salam Bukit Sentosa.
Â
Kaunter Perkhidmatan ini telah mendapat sambutan yang menggalakkan dari pengunjung-pengunjung yang hadir sepanjang 2 hari program ini dijalankan bagi mendapatkan khidmat nasihat dan juga penerangan berkenaan dengan Pengurusan Harta.
Â
Kaunter Baitulmal ini diuruskan oleh Eksekutif Baitulmal Daerah, Ustaz Sharul Razie bin Abdul Majid dan Pembantu Eksekutif Puan Norsyarizan binti Mohd Rasid bagi memberikan khidmat penerangan kepada para pengunjung.
Â
Semoga dengan khidmat kaunter penerangan yang diberikan ini dapat memberi manfaat kepada semua dan dipermudahkan segala urusan.
Â
Â
Â
Hulu Selangor, 4 Julai – Pusat Pemurnian Akidah Baitul Iman,...
4 Julai – Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) telah mengagihkan...
SHAH ALAM, 3 Julai – Majlis Agama Islam Selangor (MAIS)...
Shah Alam, 2 Julai 2024 – Majlis Agama Islam Selangor...
SHAH ALAM, 25 Jun-Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) hari ini...