KURSUS INDUKSI PERTUBUHAN ISLAM BUKAN KERAJAAN (PIBK) DIBAWAH MAJLIS AGAMA ISLAM SELANGOR (MAIS)

KURSUS INDUKSI PERTUBUHAN ISLAM BUKAN KERAJAAN (PIBK) DIBAWAH MAJLIS AGAMA ISLAM SELANGOR (MAIS)

427760643 774324791279389 8085833407072876478 n
KLANG, 16 Februari 2024 – Unit Pembangunan PIBK, Bahagian Pendaftaran Muallaf dan Pembangunan PIBK, MAIS telah mengadakan Kursus Induksi Pertubuhan Islam Bukan Kerajaan (PIBK) di bawah Majlis Agama Islam Selangor (MAIS).
 
Kursus ini telah dihadiri seramai 30 orang peserta dalam kalangan AJK Tertinggi dan ahli pertubuhan daripada 13 buah PIBK baharu yang menyertai di bawah MAIS.
 
Matlamat kursus ini adalah untuk menjelaskan kewujudan PIBK di bawah MAIS dan peranannya bagi membantu MAIS, JAIS, LZS dan YIDE dalam menjaga, mempertahankan serta memartabatkan kesucian agama Islam secara bersepadu dari sebarang ancaman akidah mahupun sosial di negeri Selangor.
 
Dua slot pengisian iaitu pengenalan dan peranan dan tanggungjawab PIBK telah disampaikan oleh Puan Hajjah Hafizatulakmal binti Abdul Jalil, Ketua Bahagian Pendaftaran Muallaf dan Pembangunan PIBK.
 
Turut dibentangkan kaedah pelaporan PIBK dan konsep pemberian ganjaran kepada peserta oleh Puan Amirah Addilah binti Mohd Johari, Eksekutif Pembangunan PIBK.
 
Semoga penyertaan PIBK ini dapat bersama-sama membantu MAIS dan agensi yang melaksanakan dasar-dasar MAIS dalam menegakkan syiar Islam.

Add Your Heading Text Here

MAIS | Majlis Agama Islam Selangor