PUSAT INFORMASI ISLAM MAIS (PIIM) TERIMA KUNJUNGAN LAWATAN PENANDA ARAS JABATAN AGAMA ISLAM WILAYAH PERSEKUTUAN (JAWI)

PUSAT INFORMASI ISLAM MAIS (PIIM) TERIMA KUNJUNGAN LAWATAN PENANDA ARAS JABATAN AGAMA ISLAM WILAYAH PERSEKUTUAN (JAWI)

5e425141 1c05 4948 8e5a 2eb6fe33d939
SHAH ALAM, 5 Februari 2024 – Pusat Informasi Islam MAIS semalam menerima lawatan dari Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) diketuai oleh Puan Majidah binti Mokhtar, Ketua Penolong Pengarah Bahagian Dakwah JAWI.
 
Lawatan seramai tujuh orang disambut mesra oleh Puan Hafizatulakmal binti Abdul Jalil, Ketua Bahagian Pendaftaran Muallaf dan Pembangunan PIBK bertujuan untuk mengumpul maklumat bagi merealisasikan pewujudan Pusat Informasi Islam JAWI yang memfokuskan paparan penerangan mengenai Islam.
 
Antara lain Puan Hafizatulakmal turut berkongsi pengenalan bagi pewujudan dan fungsi PIIM bagi manfaat bersama.
 
Rombongan kemudian dibawa oleh Puan Normah Sulaiman, Pengarah Program Pemandu Pelancong Masjid (IOAC-MTG) membuat lawatan sekeliling bangunan dan pameran.
 
Turut hadir sama dalam lawatan Ustaz Suhaimi bin Ismail selaku Pengarah Sektor Pembangunan Sosial MAIS dan Encik Muhammad Iqbal Hakim bin Saiful Affandee, Eksekutif Islamic Outreach ABIM Centre (IOAC).

Add Your Heading Text Here

MAIS | Majlis Agama Islam Selangor