AGIHAN FIDYAH MAIS TAHUN 2023 BERJUMLAH RM79,464.00 DIAGIH KEPADA 462 PENERIMA YANG LAYAK

AGIHAN FIDYAH MAIS TAHUN 2023 BERJUMLAH RM79,464.00 DIAGIH KEPADA 462 PENERIMA YANG LAYAK

412747975 742203744491494 2984637320714700659 n
22 Dis-Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) telah mengagihkan kutipan fidyah berjumlah RM 79,464.00 kepada golongan penerima yang memerlukan.
 
Terdapat 8 tempat agihan iaitu semuanya melibatkan 4 daerah dengan jumlah 462 orang penerima barangan kotak makanan kering dengan nilai RM 79,464.00 yang layak menerima bantuan fidyah MAIS berupa set makanan kering seperti Beras, Minyak Masak, Bihun, Gula, Tepung Gandum, Kicap Manis, Sardin dan Susu Pekat Manis.
 
Agihan fidyah ini disalurkan menerusi Rakan Strategik Agihan Fidyah MAIS (RSAFM) di 4 daerah yang berasingan antaranya Masjid Bandar Utama Damansara, Pertubuhan Muallaf India Semalaysia(MIRA), Pusat Jagaan Mahmudah Malaysia, Yayasan Pembangunan Pelajar (YPP) Jalan Kebun Klang dan lain-lain
Terima kasih kepada semua pembayar fidyah, semoga sumbangan yang diberikan ini dapat membantu meringankan bebanan mereka semua.
 

Add Your Heading Text Here

MAIS | Majlis Agama Islam Selangor