AGIHAN FIDYAH MAIS RM 53,664.00 DIAGIH KEPADA 312 PENERIMA YANG LAYAK

AGIHAN FIDYAH MAIS RM 53,664.00 DIAGIH KEPADA 312 PENERIMA YANG LAYAK

409211603 737022378342964 1978094328364989555 n
13 Disember – Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) telah mengagihkan kutipan fidyah berjumlah RM 53,664.00 kepada golongan penerima yang memerlukan.
 
Terdapat 2 tempat agihan iaitu semuanya di daerah Petaling dengan jumlah 312 orang penerima barangan kotak makanan kering dengan nilai RM 52,664.00 yang layak menerima bantuan fidyah MAIS berupa set makanan kering seperti Beras, Minyak Masak, Bihun, Gula, Tepung Gandum, Kicap Manis, Sardin dan Susu Pekat Manis.
 
Agihan fidyah ini disalurkan menerusi Rakan Strategik Agihan Fidyah MAIS (RSAFM) antaranya Persatuan Wanita Islam Perihatin(PWIP) Lembah Subang dan SK Subang Bestari.
 
Terima kasih kepada semua pembayar fidyah, semoga sumbangan yang diberikan ini dapat membantu meringankan bebanan mereka semua.
 

Add Your Heading Text Here

MAIS | Majlis Agama Islam Selangor