PROGRAM SAMBUTAN HARI AIDS SEDUNIA ANJURAN PUSAT PEMULIHAN BAITUL ISLAH MAIS & AADK

PROGRAM SAMBUTAN HARI AIDS SEDUNIA ANJURAN PUSAT PEMULIHAN BAITUL ISLAH MAIS & AADK

64644370 5258 4af6 a271 f68320d6fd16
Hulu Selangor, 2 Disember 2023, Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) melalui Pusat Pemulihan Baitul Islah MAIS & Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) telah mengadakan Program Sambutan Hari Aids Sedunia dengan kerjasama Pengasih Malaysia.
 
Program ini telah dirasmikan oleh Ustaz Suhaimi Ismail, Pengarah Pembangunan Sosial, MAIS.
 
Program usahasama ini disertai seramai 45 orang peserta adalah bertujuan untuk memberi kesedaran kepada pesakit HIV/AIDS tentang pentingnya pemakanan ubat dan penjagaan kesihatan, selain memberi sokongan moral kepada mereka yang dijangkiti HIV/AIDS agar tidak rasa terpinggir.
 
Antara pengisian sepanjang program sambutan ini adalah Forum “Kesaksamaan Kesihatan dan Akhiri AIDS” yang disampaikan oleh empat (4) orang panel yang terdiri daripada Encik Helmi Abdullah, Rumah PAKAT; Encik Che Zainuddin Zakaria, Mantan Rumah Pengasih; Encik Sharul Azuar Ahmad, Pengrusi Persatuan Kebajikan Karisma Malaysia (KARISMA) dan Encik Mohd Audi Azlie Mat Tahar, Pengusaha Teduhan Kasih.
 
Disamping itu, dalam program ini turut diadakan ceramah kesihatan berkaitan “ Kepentingan Ubat HAART” yang disampaikan oleh Dr. Mohd Hafidzuddin, Pakar Perubatan Keluarga, Klinik Kesihatan Ulu Yam.
 
Turut hadir memeriahkan program ini adalah Tuan Rashdan Haron, Penolong Pengarah AADK negeri Selangor; Ustaz Fadzirul Akmal Mohd Sharif, Ketua Bahagian Ar-Riqab MAIS dan Puan Mazlina binti Osman Penguasa Pusat Pemulihan Baitul Islah.

Add Your Heading Text Here

MAIS | Majlis Agama Islam Selangor