MAIS TERIMA LAWATAN DARI JABATAN WAKAF, ZAKAT DAN HAJI (JAWHAR)

MAIS TERIMA LAWATAN DARI JABATAN WAKAF, ZAKAT DAN HAJI (JAWHAR)

406984502 730148612363674 7442086145782891040 n
SHAH ALAM, 30 November – Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) hari ini menerima lawatan dari Jabatan Wakaf, Zakat dan Haji (JAWHAR) dan Yayasan Waqaf Malaysia (YWM).
 
Delegasi seramai lima orang diketuai oleh Dato’ Selamat Paigo, Ketua Pengarah JAWHAR disambut mesra oleh YAD Tan Sri Dato’ Seri Abdul Aziz Mohd Yusof, Pengerusi MAIS.
 
Antara lain dalam lawatan adalah bertujuan untuk membentangkan draf Pelan Induk Wakaf Nasional (PIWN) 2023 -2030 bagi berkongsi aspirasi dan hala tuju kepada MAIS sebelum diangkat sembah kepada DYMM Sultan Selangor untuk pertimbangan dan perkenan Baginda.
 
Draf PIWN 2023-2030 adalah Pelan Induk Wakaf Nasional yang dibangunkan untuk menjadi panduan dalam pengurusan wakaf yang lebih cekap di masa akan datang.
 
Dalam perkembangan yang sama, Dato’ Ibrahim Haji Md Yusof, Pengerusi Perbadanan Wakaf Selangor (PWS) turut berkongsi maklumat dan pengurusan wakaf di PWS.
 
“Semoga perbincangan ini dapat memberi manfaat terutama dalam menambahbaik pengurusan wakaf di Negeri Selangor,”kata Pengerusi MAIS.
 
Turut hadir mewakili MAIS ialah Puan Nurhani Salwa Jamaluddin, Timbalan Setiausaha (Dasar dan Pengurusan) MAIS; Hajjah Norzaihan Mohd Zain, Timbalan Setiausaha (Operasi) MAIS. Hadir sama ialah Ustaz Anuar Hamzah Tohar, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif PWS.
 
 

Add Your Heading Text Here

MAIS | Majlis Agama Islam Selangor